Doktor Dikenakan Saman Akibat Tak Sarankan Wanita Makan Asid Folik | Seorang wanita berjaya memenanngi tuntutan saman bernilai jutaan pound terhadap doktor yang pernah merawat ibunya ketika mengandungkannya kerana membenarkan proses kelahiran berlaku.
Evie Toombes yang berusia 20 tahun itu disahkan menghidap Lipomylomeningocoele (LMM) ketika dia dilahirkan dan dia perlu lebih bergantung pada kerusi roda apabila dia semakin tua.
Toombes menghidap spina bifida dan terpaksa menjalani kehidupan seharian bergantung pada saluran tiub.
Toombes menyaman doktor ibunya Dr Philip Mitchell, mendakwa bahawa dia tidak akan pernah dilahirkan jika dia memberi nasihat yang betul kepada ibunya untuk mengambil asid folik sebelum meneruskan kandungan tersebut, menurut laporan Dailymail.
Toombes meminta ganti rugi, menggelarkan kehamilan ibunya sebagai ‘salah konsep.’ Hal ini kerana, pengambilan asid folik boleh meminimumkan risiko spina bifida. Dia mendakwa jika ibunya mendapat nasihat yang betul, ibunya akan menangguhkan kehamilannya.
Hakim Rosalind Coe QC bersetuju dengan Evie dan meluluskan penghakiman penting di Mahkamah Tinggi London pada hari Rabu. Dia berkata “Jika nasihat yang tepat diberikan kepada ibu Toombes, ibunya akan menangguhkan percubaan untuk kehamilan.”
Peguam kepada Evie menyatakan bahawa jumlah ganti rugi masih belum diputuskan. Namun begitu, kemungkinan jumlah ganti rugi diperlukan dalam jumlah yang besar kerana akan digunakan sebagai kos keperluan penjagaan dirinya sepanjang hayat.
Keputusan mahkamah itu sekali gus menunjukkan bahawa pihak profesional di fasiliti kesihatan boleh dipertanggungjawabkan terhadap nasihat yang tidak betul sehingga mengakibatkan kelahiran bayi dalam keadaan kesihatan yang serius.
Sumber : SK