Author: Syifa' Syakinah

Syifa Sakinah merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2022.

KKM Kesan Kes Pertama Omicron Di Malaysia | Kes pertama varian COVID-19 baharu, iaitu Omicron dikesan di negara ini, umum Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Khairy memaklumkan kes tersebut dikesan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini. Menurut Khairy, kes pertama tersebut melibatkan seorang individu bukan warganegara berusia 19 tahun yang juga merupakan pelajar di sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak. Difahamkan, kes baru pulang dari Afrika Selatan atas urusan melawat keluarga dan masuk ke PMA KLIA melalui Singapura. Kes telah menjalani arahan kuarantin wajib seorang diri di penginapan khas yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh.…

Read More

Polis Berkas Remaja 19 Tahun Menyamar Sebagai Tentera, Mangsa Rugi RM 21k | Seorang remaja lelaki diberkas polis selepas dipercayai menyamar sebagai ‘Mejar Shuhada’ sebelum memperdayakan mangsa menggunakan helah masalah peribadi dan urusan perkahwinan, kelmarin. Suspek berusia 19 tahun itu diberkas pada pukul 9.15 malam oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah bersama-sama pegawai tentera Kem Terendak, Sungai Udang. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, hasil maklumat daripada pegawai tentera, suspek berjaya ditangkap di sebuah rumah di Taman Ayer Molek Perdana, Kuala Sungai Baru. Katanya, pemeriksaan di lokasi turut menjumpai pakaian…

Read More

Firdaus Wong Harap Solat Boleh Rapatkan Saf Macam Penyokong Duduk Rapat Di Stadium | Khalifah Media Network – Pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung menerusi satu hantaran di laman Instagram tampil bersuara agar saf di masjid dan surau dapat kembali dipenuhkan seperti situasi di dalam stadium ketika perlawanan piala Malaysia tempoh hari. Piala Malaysia 2021 yang berlangsung Selasa lalu antara Kuala Lumpur City FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi bualan ramai apabila tular foto dimana kebanyakan penonton yang hadir didakwa tidak mengikut SOP sepenuhnya. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu turut mendapat perhatian pendakwah bebas.  Firdaus…

Read More

Tular Luahan Individu Dakwa Adiknya Dibuli Di Kem Askar, Ini Respon Hishammuddin | Baru-baru ini ada seorang individu telah menghantar satu pesanan ringkas kepada seorang pengguna Twitter dan mendakwa bahawa adiknya yang sedang berkhidmat di sebuah kem tentera dibuli oleh rakan-rakan senior. Menerusi screenshot pesanan ringkas yang dikongsikan di Twitter, individu terbabit mendakwa setiap hari adiknya menjadi mangsa pukul malah duit gaji dan wang simpanannya juga dipercayai diambil oleh senior. Dia cakap kes-kes sebelum ni diorang report dekat orang atasan, orang atasan just denda kawad 45 minit je. Aku dah call balai polis. Polis suruh keluarga pergi buat aduan dekat…

Read More

Wanita Hamil Koma Dipukul Suami Selamat Lahirkan Anak Secara Czer | Nasib malang menimpa seorang wanita apabila dia dipercayai dipukul sehingga koma oleh suaminya pada 4 Mei lalu. Lebih pilu lagi apabila wanita berkenaan dipercayai sedang hamil. Terbaharu, Jahidah Nordin selamat melahirkan cahaya mata dengan kaedah emergency czer walaupun masih berada dalam keadaan koma. Menerusi perkongsian adik kepada Jahidah iaitu Fazariah Nordin di Facebook, dia mengatakan bahawa air ketuban kakaknya telah pecah dan terpaksa melakukan emergency czer untuk mengeluarkan bayi. Sebelum kakak dimasukkan ke dewan pembedahan, kami sempat lagi video call dengan kakak. Nurse bagi tengok kakak sebelum bedah. Ujarnya…

Read More

(Video) Penuh Dengan Sampah, Malaysia Airports Tutup ‘Port Viral’ Bergambar Dengan Kapal Terbang | Baru-baru ini, tular di media sosial satu port cantik untuk dikunjungi dan bergambar berdekatan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Port tersebut dikatakan penuh dengan kehadiran pengunjung lebih-lebih lagi pada hujung minggu. Mana tidaknya, ramai yang tidak mahu terlepas peluang untuk bergambar bersama kapal terbang yang mahu mendarat dengan jarak sangat dekat. Namun setelah tempat cantik itu dibanjiri orang ramai, tular pula video kawasan itu kini ditutup oleh pihak pengurusan Malaysia Airports. Menurut perkongsian pengguna Facebook Are Peace, kawasan tersebut ditutup atas faktor keselamatan dan juga…

Read More

KL City Juara Piala Malaysia. Shahidan Kassim ‘Merajuk’ Pengacara Tak Sebut Nama | Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim merungut dia tidak dipanggil turun ke padang semasa perlawanan akhir Piala Malaysia malam tadi. “Semalam saya hadir perlawanan bola sepak KL City lawan JDT. KL City champion (juara). Tahniah. “Pengacara tidak jemput saya turun ke padang. Pengacara juga tidak sebut nama saya… SOKAY,” katanya di Facebook. Meskipun begitu, Shahidan tetap menjanjikan “hadiah” buat para pemain yang berjaya mengakhiri kemarau panjang 32 tahun bagi skuad ibu kota menjuarai trofi tersebut. “Pemain-pemain Kl City akan dapat hadiah nanti. Saya akan jemput mereka tidak lama…

Read More

Tular ‘Posting’ Guru Kecewa Dengan Jawapan Pelajar Di Kertas Peperiksaan | Tindakan seorang guru meluahkan rasa kecewa terhadap pelajarnya menerusi media sosial berkenaan jawapan kertas peperiksaan yang diterima telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai baru-baru ini. Menerusi perkongsiannya melalui satu gambar kertas jawapan peperiksaan di laman Facebook, dia berasa kecewa apabila muridnya itu seolah-olah menconteng kertas tersebut dengan pelbagai kata-kata tanpa menjawab soalan ujian tersebut. Berdasarkan perkongsian ‘posting’, murid berkenaan didapati telah menulis jawapan yang pelbagai sehingga menyebabkan guru itu terkejut dan termenung seketika. “Sambil mengawasi pelajar menduduki peperiksaan hari ini, saya menanda soalan esei kertas bahasa Inggeris tingkatan tiga…

Read More

Kini Giliran Ais Pula Yang Naik Harga | Susulan pendedahan seorang wakil rakyat PKR mengenai kenaikan harga ais, wartawan telah menghubungi syarikat bekalan ais berkenaan yang turut mengesahkan bahawa harga ais akan dinaikkan 50 sen sebungkus. China Press melaporkan, syarikat itu akan menamatkan promosi untuk semua produk ais (ais kisar atau ais ketulan) bermula 1 Disember, sekali gus bermakna kenaikan harga sebanyak 50 sen sebungkus. Jurucakap syarikat memberitahu, pihaknya tiada pilihan kerana kilang pengeluar ais telah menaikkan harga selain kenaikan kos penyelenggaraan lori, malahan beg plastik yang digunakan untuk membungkus ais turut mengalami kenaikan harga. “Kami tidak mempunyai kilang sendiri…

Read More

‘Viral’ Jemaah Haji Dari Australia Bertattoo, Rupanya Mereka Adalah… | Khalifah Media Network – Dari kejauhan, langkah lapan lelaki berihram itu perlahan kerana beriringan dengan ribuan jemaah yang ingin memasuki Masjidil Haram melalui gerbang King Abdul Aziz Gate. Di tengah anak tangga mereka menghentikan langkah dan memandang Kaabah, pada 2 September yang lalu. Tanpa ragu, wartawan Okezone pun mendekati pemuda-pemuda berbadan tegap dan berpenampilan mirip satu sama lain itu. “Assalamualaikum, ya hajj. I’m Saiful from Indonesia.” “Our brother from Java. Nice to meet you, Saiful.” kata salah seorang pemuda dalam rombongan haji yang ternyata berasal dari Australia tersebut. Dari balik kain ihram…

Read More