Tular Luahan Individu Dakwa Adiknya Dibuli Di Kem Askar, Ini Respon Hishammuddin

| December 1, 2021 | 0 Comments

Tular Luahan Individu Dakwa Adiknya Dibuli Di Kem Askar, Ini Respon Hishammuddin | Baru-baru ini ada seorang individu telah menghantar satu pesanan ringkas kepada seorang pengguna Twitter dan mendakwa bahawa adiknya yang sedang berkhidmat di sebuah kem tentera dibuli oleh rakan-rakan senior.

Tular Luahan Individu Dakwa Adiknya Dibuli Di Kem Askar, Ini Respon Hishammuddin

Tular Luahan Individu Dakwa Adiknya Dibuli Di Kem Askar, Ini Respon Hishammuddin

Menerusi screenshot pesanan ringkas yang dikongsikan di Twitter, individu terbabit mendakwa setiap hari adiknya menjadi mangsa pukul malah duit gaji dan wang simpanannya juga dipercayai diambil oleh senior.

Dia cakap kes-kes sebelum ni diorang report dekat orang atasan, orang atasan just denda kawad 45 minit je. Aku dah call balai polis. Polis suruh keluarga pergi buat aduan dekat kem dulu.

Dakwa individu ini lagi, dia bimbang jika perkara buruk berlaku sekiranya identiti adiknya terbongkar selepas melaporkan perkara itu kepada pihak atasan.

Berhubung dengan itu, perkara yang dikongsikan telah mendapat perhatian Menteri Kanan Pertahanan iaitu Datuk Seri Hishammuddin. Menerusi laman Twitter rasmi Datuk Seri Hishammuddin, beliau memohon kepada si pengadu menghubunginya untuk memberikan maklumat lebih terperinci. Menurut beliau lagi, sekiranya aduan itu sahih maka pihaknyaย tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mereka yang terlibat.

Tular Luahan Individu Dakwa Adiknya Dibuli Di Kem Askar, Ini Respon Hishammuddin

Jangan risau, identiti anda akan dirahsiakan. Timbalan Menteri juga telah diarah untuk teliti perkara ini secara peribadi. Jika sahih, tindakan tegas akan diambil.

Sumber : Oh Bulan

Tags: , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *