Firdaus Wong Harap Solat Boleh Rapatkan Saf Macam Penyokong Duduk Rapat Di Stadium | Khalifah Media Network – Pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung menerusi satu hantaran di laman Instagram tampil bersuara agar saf di masjid dan surau dapat kembali dipenuhkan seperti situasi di dalam stadium ketika perlawanan piala Malaysia tempoh hari.
Piala Malaysia 2021 yang berlangsung Selasa lalu antara Kuala Lumpur City FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi bualan ramai apabila tular foto dimana kebanyakan penonton yang hadir didakwa tidak mengikut SOP sepenuhnya.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu turut mendapat perhatian pendakwah bebas. Firdaus Wong memohon agar saf di surau dan masjid juga dapat dirapatkan seperti keadaan di dalam stadium.
View this post on Instagram
Menurutnya lagi, dia hanya berkongsikan suara hatinya sahaja namun para ulama lebih tahu mana yang lebih baik berhubung perkara itu.
Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen yang turut menyokong pendapat pendakwah bebas itu. Serta memohon pihak berkenaan mengkaji semula SOP untuk surau dan masjid.
Sumber : Oh Bulan
Lelaki Berang Dengar Bacaan Al-Quran Dalam Komuter | Khalifah Media Network – LONDON: Seorang penumpang lelaki berasa geram apabila penumpang beragama Islam membaca al-Quran di dalam komuter di tengah London. Lelaki tersebut bangun dan menegur penumpang yang beragama islam tersebut. Dia mengganggap bahawa penumpang tersebut tiada adab.
Lapor Daily Mail, lelaki itu dengan tegas memberitahu penumpang tersebut. Ianya supaya ‘menghormati hak orang lain’ semasa dia meneruskan bacaan tersebut pada pukul 6.40 pagi, 27 November lalu.
Lelaki itu kemudian menjadi berang dan memberitahu ‘ini adalah negara Kristian’. Dia sepatutnya ‘beradab dan mengikuti cara orang di sini’.
Baca selanjutnya Di Sini…