(Video) 10 Rumah & 4 Rumah Kedai Hangus Terbakar Di Kota Bharu | Sebanyak 10 rumah kediaman dan empat rumah kedai musnah sekelip mata dalam kebakaran di Jalan Sultanah Zainab di sini pada jam 7.22 malam Selasa. Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Penguasa Kanan Bomba II, Mohd Wildan Azhari berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.25 malam dan tiba di lokasi kejadian empat minit kemudian. Mohd Wildan berkata, disebabkan kebakaran melibatkan kawasan yang besar, pihaknya terpaksa mengerahkan tenaga 70 anggota pelbagai pangkat dari tujuh balai iaitu Kota Bharu, Tunjong, Kota Darul Naim, Wakaf Bharu, Pengkalan Kubor,…
Author: Syifa' Syakinah
Wanita Upah 7 Lelaki Untuk Bunuh Suami Sendiri. Ini Puncanya.. | Perkahwinan sebuah pasangan di Indonesia, yang berusia puluhan tahun ‘musnah’ selepas si isteri mengetahui rahsia terbesar suaminya yang dipercayai berlaku curang. Berang dengan apa yang telah terjadi, si isteri didakwa menjadi dalang pembunuhan suaminya sendiri dengan membayar tujuh orang sebagai pembunuh upahan. Memetik laporan Tribun News, mangsa dikenali sebagai Khairul Amin merupakan pemilik sebuah restoran di Padang di Karawang, telah dibunuh di rumahnya sendiri pada Rabu 27 Oktober 2021 sekitar jam 11.40 malam. Ketika kejadian, anak kepada mangsa terdengar bapanya yang sedang menjerit bagi meminta pertolongan. Namun, alangkah terkejutnya…
KPN Minta Pemilik Akaun Twitter @edisi_siasatmy Munculkan Diri | Pemilik akaun Twitter Edisi Siasat diminta tampil membuat laporan dan mengemukakan bukti berhubung dakwaannya berlaku perbuatan salah laku, penyelewengan dan rasuah membabitkan beberapa menteri serta bekas menteri dan pegawai tertinggi badan penguatkuasa negara. Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pengendali akaun itu perlu membuktikan dakwaan berkenaan, dan tidak hanya berkongsi di laman sosial mengenainya tanpa bukti jelas. Beliau berkata setakat ini 13 kertas siasatan telah dibuka dan hampir kesemua individu termasuk pegawai kanan polis yang didakwa oleh pemilik Twitter itu terlibat dengan salah laku, sudah diambil keterangan.…
13 Motosikal Hangus Dijilat Api Di Sebuah Flat | Sebanyak 13 buah motosikal musnah dalam kebakaran di parkir kenderaan di Blok 3 Flat Desa Mawar, Lintang Kampung Melayu, Farlim di sini. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Sharel Anuar Mawardy berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.12 pagi daripada orang awam. Menurutnya, pihak bomba kemudiannya tiba di lokasi kejadian 9 minit kemudian dan mendapati api marak di kawasan tempat meletak kenderaan di situ. “Kebakaran melibatkan 13 buah motosikal yang hangus hampir keseluruhannya. Kita berjaya mengawal api pada jam 4.26 pagi dan kebakaran dipadamkan enam minit kemudian. “Kerja-kerja ‘overhaul’…
Mahkamah Singapura Benarkan Tangguh Hukuman Mati Nagaentran | Mahkamah Tinggi Singapura hari ini membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap seorang warga Malaysia yang sepatutnya menjalani hukuman gantung pada Rabu (10 Nov) atas sabitan mengedar dadah. Keputusan itu dimuatnaik di Facebook oleh M. Ravi, peguam kepada lelaki yang dihukum mati iaitu Nagaentran K Dharmalingam, 33. “Mahkamah Tinggi baru sahaja memerintahkan penangguhan pelaksanaan sementara menunggu perbicaraan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi,” katanya. Prosiding bagi permohonan mencabar pelaksanaan penghakiman didengar melalui aplikasi zoom hari ini, dua hari sebelum tarikh pelaksanaan hukuman gantung pada 10 Nov. Nagaentran ditahan pada 2009 kerana membawa…
(Video) Selamba Redah Banjir, Myvi Ini Digelar Serba Boleh | Kini di Malaysia sudah masuk musim tengkujuh iaitu berlaku cuaca hujan lebat dan ada juga beberapa tempat yang mengalami bencana banjir. Apabila berlaku bencana banjir, sudah tentu terdapat beberapa jalan tidak boleh dilalu oleh kenderaan dek kerana air sudah naik. Akan tetapi, yang menarik perhatiannya adalah baru-baru ini tular sebuah video menunjukkan sebuah Myvi ‘selamba’ redah banjir macam tiada apa yang berlaku. Myvi juga kebelakangan ini digelar ‘Raja’ segala kereta kerana kerap berlaku situasi yang pelik-pelik di atas jalan raya. Ada yang ‘terbang’ sampai masuk ke dalam kedai, ada…
Tandas Kapsul Rosak, Angkasawan Terpaksa Pakai Lampin | Tidak semua pengembaraan angkasa lepas menyeronokkan dan buktinya, angkasawan SpaceX yang meninggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada Ahad terpaksa memakai lampin pakai buang sewaktu perjalanan pulang ke bumi kerana kerosakan tandas dalam kapsul Dragon. Kapsul berkenaan digunakan oleh angkasawan berkenaan untuk pulang ke bumi. New York Post melaporkan Angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) Megan McArthur berkata, kru berupaya menggunakan lampin pakai buang untuk perjalanan pulang yang mengambil masa 20 jam. “Penerbangan angkasa penuh dengan cabaran kecil. “Ini hanya salah satu (cabaran) daripadanya dan akan diuruskan dalam misi kami. Jadi, kami…
Tak Puas Hati Dengan Pembahagian Harta Pusaka, Lelaki Tikam Adik Sendiri | Malang nasib seorang lelaki di Itali apabila terpaksa bertarung nyawa di hospital akibat parah selepas ditikam abang kandung yang sebelum ini dicarinya sejak 24 tahun lalu. Daily Star melaporkan, Martin Rabanser, 35, dikatakan tersedar daripada tidur dan mendapati seorang lelaki menikamnya dengan pisau. Lelaki itu sebelum itu menceroboh masuk ke dalam rumah berkenaan dan menikam mangsa yang sedang tidur. Difahamkan, abang kepada Martin, Ivo, 42, dipercayai berang dengan pembahagian harta pusaka bapa mereka. Peguam kepada Martin, Nicola Nettis berkata, ketika kejadian, mangsa tidak mengenali suspek kerana mereka sudah terputus…
Lelaki Sempat Nikah Sebelum Masuk Lokap | Seorang remaja di Indonesia sempat melangsungkan akad nikah dengan pasangannya sebelum dimasukkan ke lokap akibat disyaki terbabit dengan kes curi. Tribunnews melaporkan lelaki berusia 19 selamat diijabkabulkan dengan kekasihnya yang sebaya, kira-kira 9 pagi, Jumaat lalu. Upacara pernikahan diadakan di masjid yang terletak bersebelahan dengan Balai Polis Medan Timur. Majlis akad nikah serba ringkas itu dihadiri ahli keluarga terdekat kepada kedua mempelai. Ibu kepada remaja lelaki itu menangis kerana terharu menyaksikan majlis pernikahan anaknya. Sebagai tanda ikatan suami isteri, lelaki itu menyerahkan mas kahwin iaitu wang tunai kepada isterinya. “Saya serahkan mas kahwin pernikahan…
11 Pesakit Covid-19 Maut Akibat Hospital Terbakar | 11 pesakit COVID-19 dilaporkan meninggal dunia manakala enam lagi cedera dalam satu insiden kebakaran di sebuah hospital awam di wilayah Maharashtra, India. Memetik laporan Times of India, api dikatakan merebak dari unit rawatan rapi (ICU) hospital tersebut sekitar jam 10.30 pagi waktu tempatan semalam mengakibatkan enam pesakit lain cedera akibat luka bakar. Tambah portal berkenaan, pihak berkuasa tempatan mengesahkan, unit ICU di tingkat bawah hospital yang dipenuhi asap hitam menyebabkan kesukaran pihak hospital untuk menyelamatkan mangsa. Pun begitu, pihak hospital dikatakan cuba untuk memadamkan api yang semakin merebak menggunakan pemadam kebakaran namun hampa…