Tak Puas Hati Dengan Pembahagian Harta Pusaka, Lelaki Tikam Adik Sendiri | Malang nasib seorang lelaki di Itali apabila terpaksa bertarung nyawa di hospital akibat parah selepas ditikam abang kandung yang sebelum ini dicarinya sejak 24 tahun lalu.

Tak Puas Hati Dengan Pembahagian Harta Pusaka, Lelaki Tikam Adik Sendiri

Daily Star melaporkan, Martin Rabanser, 35, dikatakan tersedar daripada tidur dan mendapati seorang lelaki menikamnya dengan pisau.

Lelaki itu sebelum itu menceroboh masuk ke dalam rumah berkenaan dan menikam mangsa yang sedang tidur.

Difahamkan, abang kepada Martin, Ivo, 42, dipercayai berang dengan pembahagian harta pusaka bapa mereka.

Peguam kepada Martin, Nicola Nettis berkata, ketika kejadian, mangsa tidak mengenali suspek kerana mereka sudah terputus hubungan sejak Ivo meninggalkan rumah pada usia 18 tahun.

Ia selepas bapa mereka meninggal dunia.

Tak Puas Hati Dengan Pembahagian Harta Pusaka, Lelaki Tikam Adik Sendiri

“Sudah 24 tahun berlalu, malah Martin (ketika kejadian) tidak mengenali penyerangnya dan menjerit, ‘Siapa kamu? Apa yang kamu mahu?’

“Ivo menjawab, ‘Saya abang awak, adakah awak tidak mengenali saya?” kata Nettis.

Tambah Nettis, satu lagi teorinya berkaitan insiden adalah Ivo marah dengan syarat pembahagian harta pusaka bapa mereka termasuk rumah yang didiami Martin dan menyimpan dendam sejak itu

“Bagaimanapun, kebanyakan individu mengendalikan isu ini melalui peguam, mereka tidak hilang selama dua dekad, kemudian muncul dengan pisau,” katanya.

Serangan di Selva di Val Gardena, utara Itali, menyebabkan Martin dikejarkan ke hospital bagi menerima rawatan selepas ditikam di paru-paru.

Apabila isteri Martin cuba masuk campur, Ivo bertindak menyembur semburan lada ke wajah wanita berkenaan.

Isteri Martin melarikan diri sebelum menghubungi polis.

Menurut akhbar tempatan La Stampa, Ivo memberitahu polis yang dia berasa berasa sangat marah dengan adiknya, Martin tetapi tidak membunuh lelaki itu.

“Saya bersendirian dengannya semasa dia dalam kesakitan di atas katil dan saya boleh membunuhnya, tetapi sebaliknya saya pergi ke dapur, di mana polis menemui saya,” katanya.

Selepas Ivo menghilangkan diri pada tahun 1997, keluarganya mengeluarkan iklan di televisyen dan merayu supaya lelaki itu kembali, tetapi tidak dapat mengesannya.

Polis mendedahkan Ivo berada di Verona, hidup sebagai gelandangan, mengambil upah melakukan pelbagai pekerjaan dan menghabiskan masa membaca karya sastera di perpustakaan.

Dia pulang ke kampung halamannya dengan menaiki basikal dan tinggal di dalam hutan berhampiran, mengintip adiknya.

Sumber : HM

Share.

Leave A Reply