Wanita Upah 7 Lelaki Untuk Bunuh Suami Sendiri. Ini Puncanya.. | Perkahwinan sebuah pasangan di Indonesia, yang berusia puluhan tahun ‘musnah’ selepas si isteri mengetahui rahsia terbesar suaminya yang dipercayai berlaku curang. Berang dengan apa yang telah terjadi, si isteri didakwa menjadi dalang pembunuhan suaminya sendiri dengan membayar tujuh orang sebagai pembunuh upahan.

Wanita Upah 7 Lelaki Untuk Bunuh Suami Sendiri. Ini Puncanya..

Memetik laporan Tribun News, mangsa dikenali sebagai Khairul Amin merupakan pemilik sebuah restoran di Padang di Karawang, telah dibunuh di rumahnya sendiri pada Rabu 27 Oktober 2021 sekitar jam 11.40 malam. Ketika kejadian, anak kepada mangsa terdengar bapanya yang sedang menjerit bagi meminta pertolongan.

Namun, alangkah terkejutnya dia apabila melihat keadaan bapanya yang ‘kritikal’ susulan ditikam menggunakan senjata tajam di seluruh badan. Tanpa membuang masa, anak kepada mangsa bertindak menghubungi ibunya (NW) bagi melaporkan mengenai keadaan mangsa yang didakwa telah dibunuh oleh kumpulan samseng.

NW ketika menerima panggilan tersebut dikatakan berpura-pura terkejut dan sedih. Bagaimanapun, pihak Polis Karawang mendedahkan pembunuhan mangsa telah dirancang.

Mengulas lebih lanjut, isteri kepada mangsa didakwa menjadi dalang kepada pembunuhan suaminya sendiri. Susulan daripada itu, pihak polis telah menangkap lima pembunuh upahan tersebut dan masih menjejaki dua suspek yang lain. Ujar pihak polis, motif utama suspek bertindak sedemikian berikutan mengetahui rahsia yang selama ini telah disimpan oleh mangsa.

Tanpa disangka-sangka mangsa dipercayai mempunyai ramai isteri dan perkara tersebut sama sekali tidak diketahui oleh suspek. Bukan itu sahaja, mangsa dikatakan sering meminta wang daripada suspek dan wang tersebut diberikan kepada isteri-isterinya yang lain.

“Menurut isteri mangsa yang juga pelaku, mangsa ini mempunyai beberapa isteri.”

Apa yang lebih mengujakan, apabila suspek dikatakan sudah tiga kali merancang untuk membunuh mangsa namun, usaha tersebut sama sekali tidak berjaya. Susulan apa yang telah terjadi, suspek akui berasa menyesal dengan tindakannya dan turut kecewa dengan sikap suaminya yang bertindak memarahinya lalu berkahwin beberapa kali.

“Memang betul, isteri mangsa telah merancang pembunuhan ini sejak September 2021. Dan dia hendak melaksanakannya, tetapi gagal.

Sumber : Oh BulanĀ 

Share.

Leave A Reply