Author: Syifa' Syakinah

Syifa Sakinah merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2022.

Usahawan Terbuang ‘Sampah’ Bernilai RM90k. Sanggup Kejar Balik Lori Sampah | Seorang ahli perniagaan hampir ‘berputih mata’ apabila secara tidak sengaja membuang €19,000 (RM89,737) yang dianggap sebagai sampah. Memetik laporan Daily Star, usahawan dari kepulauan Lemnos di Greece telah memasukkan wang tunai ke dalam dua beg sampah dengan niat untuk melawat cawangan perniagaannya pada pagi Isnin bagi mendepositkan wang itu. Selain daripada dua beg berisi wang, dia juga mempunyai kotak berisi sampah yang perlu dibuang. Ketika dalam perjalanan ke kedainya, dia berhenti di sebuah tong sampah besar untuk membuang sampahnya. Tanpa disedari, lelaki itu turut membuang beg berisi wang tunai…

Read More

Hilang Akal. Wanita Bunuh 5 Anak Lepas Tengok Gambar Suami Dengan Perempuan Lain | Seorang ibu yang kejam dipenjara seumur hidup selepas didakwa membunuh 5 dari 6 anaknya selepas dia melihat gambar suaminya sendiri bersama perempuan lain. Wanita yang berusia 28 tahun itu dikenali sebagai Christiane K dikatakan telah mecekik serta melemaskan kelima-lima anaknya di sebuah apartmen di Solingen, Jerman. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada 3 September 2020. Mahkamah melaporkan suspek turut membius dadah kepada lima anaknya Melina yang berusia 5 tahun,  Leonie 2 tahun, Sophie 3 tahun, Timo 6 tahun dan Luca yang berusia 8 tahun sebelum bertindak melemaskan…

Read More

Pecahkan Cermin Kereta Guna Batu-Bata, 7 Individu Ditahan | Tujuh individu termasuk tiga wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden cermin kereta orang awam yang dipecahkan menggunakan batu-bata di Felda Palong 7 di sini pada Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki memaklumkan bahawa cermin keretanya telah dipecahkan menggunakan batu-bata dan ditendang oleh sekumpulan lelaki dan wanita bermotosikal. Beliau berkata, siasatan mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham selepas pengadu telah terlanggar tayar motosikal salah seorang daripada suspek semasa berada di kuil. “Dalam perjalanan pulang, suspek telah membuat provokasi dengan mengekori…

Read More

Ramai Terkejut Dapat Status HSO & PUS, MySejahtera Mohon Maaf Kepada Yang Tak Berkaitan | Aplikasi MySejahtera hari ini memohon maaf atas kesilapan teknikal membabitkan pemberian status Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dan Individu dalam pemantauan (PUS) kepada beberapa individu. Menerusi laman Twitternya, MySejahtera menjelaskan masalah berkenaan sudah diperbaiki dan kesemua status HSO telah dipadam serta status PUS pula ditarik semula. Ia selepas beberapa individu mendakwa status mereka di MySejahtera bertukar kepada HSO dan PUS sejak awal pagi ini. Ada juga dalam kalangan mereka mendakwa status MySejahtera mereka kembali kepada asal selepas mendapatkan bantuan di ruangan ‘helpdesk’ dalam…

Read More

PUBG, Tupperware & Aaron Aziz Antara Alasan Pasangan Ini Bercerai. Ini Respon Aaron Aziz | Pelakon Aaron Aziz mengakui sedih apabila dirinya menjadi antara alasan kes perceraian dalam kalangan pasangan Islam di negara ini. Beliau tidak mahu melihat dirinya menjadi punca rumah tangga musnah, sebaliknya berharap pasangan yang bercerai itu dapat berbaik semula. View this post on Instagram A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) “Ya Allah…saya baca ini saya rasa sedih… Abang sama juga dengan suami lain inginkan rumah tangga yang bahagia… Abang harap dapatlah rujuk demi anak-anak dan amanah,” katanya menerusi akaun Instagram miliknya. Aaron turut meletakkan…

Read More

Ini Penjelasan Mufti Berkaitan Isu Syariah Penggunaan ShopeePay Later | Khalifah Media Network – Seiring perkembangan teknologi khususnya internet, rata-rata daripada kita lebih memilih untuk membeli-belah secara atas talian atau online shopping. Salah satu platform online shopping yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia adalah aplikasi Shopee. Aplikasi ini mempunyai banyak pilihan produk, selain kewujudan pelbagai ciri atau feature yang memudahkan pengguna. Melalui aplikasi Shopee ini, pengguna boleh pilih cara pembayaran mengikut kesesuaian masing-masing. Antara mod pembayaran yang tersedia termasuk cash on delivery (COD), online banking dan yang terkini Shopee Pay Later atau dikenali sebagai SPayLater. SPayLater adalah sistem pembayaran beli sekarang bayar kemudian (buy now pay later) yang disediakan…

Read More

Tiada Duit Nak Beli Makanan, Bapa Terpaksa Jual Anak | Seorang bapa di Afghanistan terpaksa menjual anak perempuannya berusia 9 tahun untuk membeli makanan buat keluarganya. Parwana Malik dijual pada harga kira-kira AS$2,200 kepada seorang lelaki yang mendakwa dirinya berusia 55 tahun. Parwana memberitahu CNN, dia menganggap lelaki berkenaan sebagai “seorang yang tua” dan khuatir dia akan dipukul serta dipaksa melakukan kerja dalam rumah. Bapanya merayu kepada lelaki berkenaan untuk menjaga anaknya dengan baik dan jangan memukulnya. Namun lelaki berkenaan memberitahu agensi berita itu, dia bukan membeli Parwana untuk menjadikannya sebagai isteri, tetapi untuk dijaga oleh isterinya sebagai anak mereka sendiri.…

Read More

Angkara Tak Puas Hati, Lelaki Sanggup Pergi Ke Singapura Tikam Anak 17 Kali | Seorang lelaki warganegara Malaysia dilaporkan telah menikam anak perempuannya sebanyak 17 kali di perhentian bas di Singapura dengan niat untuk membunuh selepas mendakwa bahawa anaknya itu telah menjual rumah keluarga mereka di Malaysia, lapor Mothership. Menurut portal itu, lelaki berusia 65 tahun itu menyeberangi sempadan ke Singapura untuk melakukan perbuatan tersebut pada Januari 2020. Difahamkan, lelaki itu bertindak sedemikian kerana merasakan anaknya merupakan ‘dalang’ disebalik penjualan rumahnya di Malaysia sehingga membuatkannya tidak mempunyai ‘tempat berteduh’. Dalam perbicaraan pada Selasa, suspek telah mengaku bersalah atas satu pertuduhan cubaan…

Read More

Lelaki Terkejut Jumpa Mayat Tak Pakai Baju Di Jeti | Seorang penjaga jeti bot nelayan di Tok Bali terkejut selepas menemui mayat tanpa pakaian di kawasan itu pada Rabu. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, maklumat penemuan mayat lelaki itu diterima pada jam 4.20 petang. “Mayat yang tidak mempunyai identiti itu ditemui lelaki berkenaan dalam keadaan bogel di kawasan jeti. “Hasil pemeriksaan, kami dapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala, belakang badan melecur dan terdapat kesan luka pada punggungnya,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi pada Khamis. Menurutnya, polis tidak menolak kemungkinan mayat lelaki tersebut ialah…

Read More

Ingatkan Kahwin Dengan ‘Bestfriend’ Sendiri Perangai Masih Sama, Semuanya Berubah Bila… | I’m a lady yang once married to my own bestfriend. Kami bestfriend dalam 10 tahun sebelum dia proposed saya. Orang kata, lelaki dan perempuan tak boleh berkawan baik sebab mesti ada salah satu yang akan jatuh cinta dengan each other kan? Yeah, betul lah ayat ni. Pengajaran besar buat saya… Pada awalnya saya bukan berkahwin atas dasar cinta. Masa dia proposed, saya memang sangat berat hati nak accept. Tapi lama-kelamaan disebabkan ibu dan bapa saya suka, saya mula berfikir mungkin ini lah jodoh yang ditetapkan untuk saya. Solat istikharah…

Read More