Author: Syifa' Syakinah

Syifa Sakinah merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2022.

Bermula 1 November, Rakyat Sudah Boleh Merentas Negeri Ke Sabah | Kerajaan negeri Sabah hari ini telah bersetuju untuk membenarkan rentas negeri mulai 1 November 2021. Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, kerajaan berpuas hati dengan laporan peratus vaksinasi lengkap negeri Sabah setakat 11 Oktober 2021 yang telah melebihi 70%. Bagaimanapun, kemasukan ke Sabah yang meliputi lawatan sosial dan pelancongan itu tertakluk kepada beberapa syarat iaitu hanya individu yang telah lengkap divaksin, perlu menjalani ujian COVID-19 RT-PCR atau RTK-Ag (Swab/Saliva) dalam tempoh tiga hari sebelum perjalanan. Bukan itu saja, remaja berumur 12…

Read More

Hanya Sebab Tak Dapat RM 2, Anak Tergamak Tumbuk Bapa Sampai Patah Gigi | Seorang anak sanggup menumbuk muka ayahnya sehingga patah gigi hanya kerana permintaannya untuk mendapatkan RM2 tidak ditunaikan, dalam kejadian di Kampung Belukar Jambu, Chendering, di sini, pada Rabu lalu. Menurut sumber, sebelum kejadian kira-kira jam 8 pagi, lelaki berusia 27 tahun itu dipercayai ada meminta RM2 daripada mangsa, 50-an, dengan alasan hendak membeli minyak motosikal. “Mangsa enggan menunaikan permintaan berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan sikap biadab suspek terhadapnya sebelum ini yang tergamak memarahinya hanya disebabkan dia menegur mengenai tong gas. “Bagaimanapun keputusan mangsa yang tidak…

Read More

Tular Video Pergaduhan Di Bukit Bintang, Tiga Lelaki Ditahan Polis | Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan di sebuah premis di Jalan Changkat, Bukit Bintang, di sini, yang tular di media sosial, semalam. Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya mengesan dua video masing-masing berdurasi 37 dan 27 saat menunjukkan insiden pergaduhan yang dimuat naik pemilik akaun Twitter, NanManjoi8715. “Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah IIbu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menjalankan siasatan berhubung video berkenaan yang membawa kepada penahanan tiga lelaki berusia antara 32 hingga 52 tahun. “Semua suspek terbabit…

Read More

“Kirimkan Salam Saya Kepada Keluarga Di Kampung”, Muhyiddin Luah Rasa Syukur Rakyat Dah Boleh Rentas Negeri | Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, meluahkan rasa syukur dan gembira apabila seluruh rakyat Malaysia dapat merentas sempadan antara negeri mulai hari ini menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau. Alhamdulillah berkat kerjasama seluruh rakyat Malaysia, akhirnya rentas sempadan antara negeri untuk penduduk Malaysia yang sudah divaksinasi lengkap, dibenarkan oleh Kerajaan bermula hari ini, 11 Oktober 2021 seperti yang diumumkan YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob semalam. Saya amat mengalu-alukan pengumuman YAB Perdana Menteri yang sememangnya amat ditunggu-tunggu oleh…

Read More

Ramai Persoal Kenapa Kenduri Kahwin & Konsert Tak Boleh Diadakan? Ini Respon KJ | Aktiviti sosial besar-besaran seperti konsert, kenduri kahwin dan seumpamanya mungkin merupakan sektor sosial yang terakhir dibuka kelak. Demikian maklum balas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengenai pembukaan semula sektor-sektor sosial semasa situasi COVID-19 negara kini. “Ini mungkin sektor sosial yang terakhir..besar-besaran termasuklah kenduri kahwin, konsert dan sebagainya. Bukan saya kata tidak akan berlaku..ia akan berlaku. “Tetapi hashtag kita #ReopeningSafely, kita buka sektor ekonomi kita dengan selamat dan dengan cermat,” katanya ketika dalam wawancara eksklusif bersama AWANI semalam. Dalam pada itu, Khairy turut meluahkan rasa bimbangnya berikutan rakyat…

Read More

KEJAM! Gadis Diculik, Dikurung Selama Sebulan Dan Didera Secara Seksual & Fizikal | Bagaikan mimpi ngeri buat seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, apabila dia dipercayai telah didera oleh seorang wanita dikenali sebagai Elham Naaman. Suspek yang berusia 24 tahun, dikatakan berjumpa dengan mangsa yang berasal dari barat Sydney, pada sebuah majlis sebelum menjadi kenalan di media sosial. Menerusi laporan yang dipetik daripada The Sun, mangsa dipercayai telah dirogol, disuntik dadah jenis heroin, methamphetamine dan date rape drug GBH ke dalam tubuh badannya. Apa yang lebih menakutkan, apabila dia juga dikatakan telah didera secara seksual dan fizikal. Mengulas lebih lanjut,…

Read More

Terkini, Rakyat Dah Boleh Ke Luar Negara Termasuk Pergi Melancong Tanpa Perlu Mohon MyTravelPass | Penggunaan MyTravelPass untuk aktiviti ke luar negara bagi urusan-urusan rasmi tertentu beserta permohonan seperti sebelum ini kini telah dimansuhkan kerajaan. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, rakyat kini boleh pergi ke luar negara untuk pelbagai urusan termasuk aktiviti tidak rasmi seperti pelancongan mulai esok. “Oleh itu, kerajaan telah membuat keputusan MyTravelPass tidak lagi digunakan. Kita pihak kerajaan bersetuju memansuhkan penggunaan MyTravelPass untuk rakyat kita yang ingin keluar negara. “Bermakna sesiapa warga Malaysia boleh ke luar negara termasuk untuk aktiviti pelancongan. Kalau dulu (urusan)…

Read More

Saksikan Sidang Media Khas Dari PM Ismail Sabri Petang Ini | Dalam muatnaik terbaru di laman Twitter rasmi Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri memaklumkan bahawa pada jam 3.00 petang ini, akan mengadakan satu sidang media khas yang bersiaran langsung dari saluran RTM, BERNAMA, Astro Awani dan lain-lain. Mungkin anda akan berteka-teki apa agaknya yang nak disampaikan oleh Ismail Sabri dalam perkembangan terbaharu negara kita melawan pandemik Covid-19 ini. Hari ini kadar vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa telah mencapai 89.7 peratus dan hanya tinggal 0.3 peratus sahaja lagi untuk kerajaan membuka sekatan rentas negeri yang paling ditunggu-tunggu rakyat…

Read More

(Video) Individu Tidak Berhati Perut, Tergamak Sembur Cat Pada Anjing Supaya Mirip Harimau | Kejam dan tidak berhati perut. Itu ungkapan sesuai buat individu yang tergamak menyembur cat pada badan seekor anjing yang ditemui sudah mati supaya ia kelihatan mirip harimau. Dalam video berdurasi 39 saat yang dimuat naik seorang pemilik akaun aplikasi TikTok menunjukkan bangkai anjing yang dicat mirip harimau itu dibiarkan di tepi jalan berhampiran sebuah pasaraya, di sini semalam. Individu terbabit mendakwa yang dia dalam perjalanan pulang dan memaklumkan tidak menyangka masih ada lagi harimau di kawasan taman tempat tinggalnya itu. Pemilik akaun TikTok itu juga mendakwa…

Read More

Dihanyutkan Arus Ketika Cari Kepah, Tiga Kanak-Kanak Ditemui Lemas | Pencarian tiga kanak-kanak yang dilaporkan hilang di muara sungai Kampung Mangkuk, di sini berakhir apabila ketiga-tiga mereka ditemukan lemas, pagi ini. Mayat dua beradik, Nur Amni Insyirah Saiful Tarmizi, 9, dan Muhammad Aryan Faheem, 7, ditemukan penduduk kampung yang melakukan pencarian, jam 2.30 pagi. Mayat sepupunya, Nurulhasha Humaira Che Mohd Humaizi, 11, ditemukan di permukaan air kira-kira jam 8.15 pagi. Sepupu mangsa, Nur Ilyasa Sofiea Mohd Hasry, 19, berkata, mayat ketiga-tiga sepupunya ditemui penduduk dan anggota penyelamat tidak jauh dari lokasi kejadian. “Saya bersyukur kerana semua mereka ditemui dalam masa…

Read More