KEJAM! Gadis Diculik, Dikurung Selama Sebulan Dan Didera Secara Seksual & Fizikal

| October 10, 2021 | 0 Comments

KEJAM! Gadis Diculik, Dikurung Selama Sebulan Dan Didera Secara Seksual & Fizikal | Bagaikan mimpi ngeri buat seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, apabila dia dipercayai telah didera oleh seorang wanita dikenali sebagai Elham Naaman.

KEJAM! Gadis Diculik, Dikurung Selama Sebulan Dan Didera Secara Seksual & Fizikal

Suspek yang berusia 24 tahun, dikatakan berjumpa dengan mangsa yang berasal dari barat Sydney, pada sebuah majlis sebelum menjadi kenalan di media sosial.

Menerusi laporan yang dipetik daripada The Sun, mangsa dipercayai telah dirogol, disuntik dadah jenis heroin, methamphetamine dan date rape drug GBH ke dalam tubuh badannya. Apa yang lebih menakutkan, apabila dia juga dikatakan telah didera secara seksual dan fizikal.

Mengulas lebih lanjut, pihak polis mendakwa suspek kemudiannya mengajak mangsa untuk berjumpa di sebuah hotel di Parramatta, pada petang 5 Jun. Selepas masuk ke dalam kereta, gadis tersebut dikatakan telah dirogol oleh seorang lelaki tidak dikenali.

Tidak berakhir di situ, perbuatan terkutuk tersebut didakwa berterusan di mana suspek bertindak membawa mangsa ke hotel sebelum merogolnya sekali lagi.

Tidak berakhir di situ, suspek juga dipercayai telah mengurung mangsa selama sebulan di beberapa lokasi yang berbeza sehingga 6 Julai. Suspek bagaimanapun, menafikan atas pertuduhan menculik, membekalkan dadah terlarang, mencuri, mengancam dan merosakkan harta benda menggunakan api hingga menyebabkan kecederaan selepas ditahan di Berkshire Park, Sydney.

Namun, jaminan ke atas suspek telah ditolak dan pihak polis turut mendakwa terdapat dua wanita lain dan seorang lelaki yang terlibat dalam penculikan tersebut.

Sumber : OhBulan

Tags: , , , ,

Category: DUNIA, JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *