Wanita Terkejut Bangun Dari Tidur Lihat Batu Meteorit Jatuh Di Sebelahnya.

| October 10, 2021 | 0 Comments

Wanita Terkejut Bangun Dari Tidur Lihat Batu Meteorit Jatuh Di Sebelahnya. | Seorang wanita nyaris maut apabila sebutir batu dipercayai meteorit jatuh dan menembusi bumbung rumahnya di Canada.

Wanita Terkejut Bangun Dari Tidur Lihat Batu Meteorit Jatuh Di Sebelahnya.

Lapor Daily Star, kejadian pada 4 Oktober lalu telah menyebabkan Ruth Hamilton terjaga daripada tidurnya selepas terdengar bunyi kuat pada malam tersebut.

“Saya terkejut dan terus buka lampu. Tak tahu apa yang terjadi,” katanya yang terjaga dalam keadaan diselaputi debu.

Sebaik melihat serpihan dan lubang pada siling rumahnya, wanita itu menyedari kewujudan sebuah batu bersaiz penumbuk di atas bantal miliknya.

Ruth kemudiannya menghubungi pihak polis bagi melakukan pemeriksaan di kawasan pembinaan berhampiran sekiranya terdapat sebarang letupan. Pun begitu, hasil siasatan, mereka menyimpulkan objek itu adalah batu dari angkasa.

“Kami hubungi projek Canyon untuk mengetahui jika mereka ada letupkan sesuatu tapi tiada, mereka beritahu ternampak cahaya cerah pada langit dan ia meletup, menyebabkan bunyi kuat,” kata Ruth, memetik Daily Star.

“Saya menggigil dan takut semasa ia berlaku. Saya sangka ada orang masuk rumah atau bunyi tembakan. Agak lega mengetahui ia mungkin jatuh dari langit,” katanya.

Tambah portal itu, wanita tersebut berhasrat menyimpan batu berkenaan yang dipercayai berpotensi berusia berbilion tahun.

Bagaimanapun katanya, jika objek itu mendarat beberapa inci ke kanan, hidupnya mungkin berbeza.

“Satu-satunya perkara yang boleh saya fikir ialah nyawa sangat berharga dan ia boleh hilang bila-bila sahaja walaupun semasa anda rasa anda selamat di atas katil,” ujarnya.

Sumber:  Siakap Keli , Daily Star

Tags: , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *