Wanita Mengaku Bersalah Kurung Kakak OKU Dalam Sangkar, Rumah Penuh Najis & Ular | Seorang wanita di Pennsylvania dihukum penjara sekitar dua tahun selepas mengaku bersalah mengurung dan mengabaikan kakaknya yang berkeperluan khas, lapor Daily Mail. Menurut portal itu, wanita tersebut dipercayai telah mengurung kakaknya di dalam kandang kayu buatan sendiri di rumah mereka. Tertuduh, 52, dikatakan telah mengurung mangsa, 54 selain membiarkannya dengan tilam kotor di rumah mereka yang mana ia turut dipenuhi najis, serangga dan ular. Peguam Pennsylvania, Josh Shapiro menyifatkan rumah itu tidak sesuai untuk diduduki dengan ketiadaan tandas atau bekalan air, katanya seperti ditulis Daily Mail.…
Author: Syifa' Syakinah
Selepas Dua Bulan Di Mesir, Caprice Pulang Ke Malaysia Hari Ini | Khalifah Media Network – Penyanyi rap, Caprice akhirnya pulang ke Malaysia hari ini selepas lebih dua bulan berada di Mesir bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan. Perkembangan itu dikongsikan penyanyi rap berkenaan menerusi saluran Telegram miliknya, MudaUmmah: Welcome To Caprice’s Personal Telegram, tengah malam tadi. “Salam Malaysia! Alhamdulillah setelah dua bulan setengah, mungkin pengembaraan paling gila sejauh ini, akhirnya saya akan pulang ke Malaysia esok (hari ini). “Saya minta maaf atas kelewatan, saya memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan bahagian tertentu dalam misi saya,” katanya. Pemilik nama sebenar Ariz Ramli, 33,…
Tujuh Remaja Lelaki Yang Dipercayai Sesat Di Gunung Hitam Ditemui Selamat | Niat tujuh sekawan untuk bermandi-manda di sungai bertukar tragedi selepas mereka tersesat dan terkandas di lereng sebuah bukit di Jeram Gunung Hitam Hulu, Sungai Lui di sini pada Ahad. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berjaya menemui kesemua mangsa dalam keadaan selamat pada jam 1.51 pagi Isnin. “Kejadian melibatkan tujuh remaja berusia 18 tahun sesat di hutan ketika beriadah. Kesemua mangsa dapat dihubungi melalui talian telefon dan dimaklumkan tidak mengalami kecederaan. “Mangsa telah ditemui oleh pihak Bomba dalam…
Pekerja Petronas Hilang 14 Ahli Keluarga Akibat Covid-19 Ditahan Polis, Ini Puncanya | Petroliam Nasional Berhad (Petronas) mengesahkan seorang pekerja kontraktornya di Kompleks Bersepadu Pengerang ditahan pihak berkuasa untuk siasatan atas dakwaannya kehilangan ramai ahli keluarga disebabkan Covid-19. Petronas dalam kenyataan medianya malam tadi berkata, lelaki terbabit juga ditahan bagi membantu siasatan pihak berkuasa terhadap sumbangan yang diterimanya selepas dakwaan itu. Menurut kenyataan itu, syarikat berkenaan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam membantu siasatan terbabit. “Kami ingin menekankan bahawa kami tidak berkompromi dengan salah laku oleh mana-mana pekerja dan kontraktor kami. “Kesemuanya terikat dengan tata kelakuan dan etika…
Tok Penghulu Kampung Naik Angin Dengan Keluarga ‘Gelang Pink’, Ini Puncanya. Ada Video | Tindakan seorang lelaki positif Covid-19 dan kakaknya yang juga kontrak rapat ingkar arahan kuarantin diri di rumah di Kampung Melayu, Padang Besar, di sini, membawa padah apabila dikompaun RM8,000 oleh polis. Malah, tindakan lelaki itu memotong gelang kuarantin Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semata-mata untuk keluar rumah bertemu rakan ternyata memburukkan keadaan apabila Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis mengesan terdapat individu positif berpunca daripada tindakan mereka. Tindakan mementingkan diri dua beradik itu akhirnya sampai ke pengetahuan Penghulu Dewan Undangan Negeri (Dun) Titi Tinggi, Beseri, Mata Ayer dan…
Tular Surau Dikhianat, Letak Najis Dekat Tempat Tok Imam & Al-Quran Dikoyak | Khalifah Media Network – Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaan masyarakat di Taman Setia Bakti apabila surau mereka dikhianat oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan meletakkan najis di tempat tok imam dan dikoyak beberapa Al-Quran serta dicampak ke luar surau. “Sedih berasa harini. Surau kita dikhianat. Buang najis dekat tempat tok imam. Al-Quran dikoyak dan di buang.. Akhir zaman Ya Allah..” Kekecewaan yang mereka hadapi itu telah dimuatnaik di laman Facebook rasmi Surau Taman Setia Bakti pada petang semalam. Surau tersebut bertempat di salah sebuah taman yang berada di Bandar…
Tular Penemuan Kuali Gergasi. Ini Kisah Sebenarnya. | Objek seperti kuali raksasa ditemukan di Kretek, dekat sini dan diangkat setelah ditemukan pada kedalaman tiga meter. CNN Indonesia melaporkan, Supardi, penyewa tanah di kawasan itu menjelaskan objek berkenaan ditemukan petang semalam ketika salah seorang pekerja projek melakukan penggalian. Kawasan itu dirancang untuk projek perladangan. “Orang tua pernah beritahu kawasan ini merupakan tempat pam air oleh Belanda. Ini (objek) bukan untuk memasak tetapi sebahagian daripada mesin pam air,” katanya. Menurut Supardi, wilayah Jambidan termasuk Kretek pernah dikenali sebagai ladang tebu. Jelasnya, pemerintah Belanda membina pam air di kawasan itu untuk mengairi kawasan…
Tular Kubur Tidak “Disentuh” Kepala Air. Ini Jawapan Imam Yang Ditunggu Ramai | Sebuah kubur yang terletak di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jame’ Badlishah di sini didakwa tidak menerima kesan yang serius dalam kejadian banjir lumpur dan arus deras akibat fenomena kepala air di Gunung Jerai pada 18 Ogos lalu. Kubur tersebut milik seorang bekas guru yang meninggal dunia pada 18 Mei tahun lepas. Gambar kubur yang didakwa tidak ‘disentuh’ dalam tragedi itu berbanding kubur-kubur lain kawasan tanah perkuburan itu juga mula tular di media sosial sejak semalam. Selepas gambar kubur tersebut menjadi viral, pihak pengurusan masjid menerima banyak panggilan…
Wanita Campak Dua Anak Dalam Perigi Sebelum Bunuh Diri. Ini Puncanya Yang Buat Ramai Tak Sangka | Hanya kerana berlaku pertengkaran dengan ibu mentua, seorang wanita tergamak mencampak dua orang anak perempuannya ke dalam perigi sebelum bertindak membunuh diri. Memetik laporan Latin Times, tindakan kejam yang berlaku di Chhatarpur Madhya Pradesh, India itu berpunca daripada pertengkaran antara mangsa yang dikenali dengan nama Rani Yadav dan ibu mentuanya berhubung telefon bimbit. Pada awalnya, Rani menggunakan telefon bimbit si suami, Kanhaiya Yadav namun tindakan itu ditegur oleh ibu mentuanya. Tidak terhenti di situ, ibu mentua Rani dikatakam merampas telefon bimbit tersebut sehingga…
Dana Bayaran Bantuan Khas Covid-19 Akan Disalurkan Bermula 6 September Ini |Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri memaklumkan proses pengkreditan Bantuan Khas COVID-19 Fasa 1 akan bermula pada 6 September 2021 dan dijangka selesai pada 10 September 2021. Menerusi kenyataan media sebentar tadi, beliau mengatakan bahawa Kementerian Kewangan telah diarahkan untuk menyegerakan pembayaran BKC itu yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan Ogos. “Hari ini (1 September 2021) dana berjumlah RM3.1 bilion telah disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan,” katanya. BKC akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, B40, dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan. Bagi…