Tular Surau Dikhianat, Letak Najis Dekat Tempat Tok Imam & Al-Quran Dikoyak

| September 1, 2021 | 0 Comments

Tular Surau Dikhianat, Letak Najis Dekat Tempat Tok Imam & Al-Quran Dikoyak | Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaan masyarakat di Taman Setia Bakti apabila surau mereka dikhianat oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan meletakkan najis di tempat tok imam dan dikoyak beberapa Al-Quran serta dicampak ke luar surau.

Tular Surau Dikhianat, Letak Najis Dekat Tempat Tok Imam & Al-Quran Dikoyak

“Sedih berasa harini. Surau kita dikhianat. Buang najis dekat tempat tok imam. Al-Quran dikoyak dan di buang.. Akhir zaman Ya Allah..

Kekecewaan yang mereka hadapi itu telah dimuatnaik di laman Facebook rasmi Surau Taman Setia Bakti pada petang semalam. Surau tersebut bertempat di salah sebuah taman yang berada di Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Terengganu.

Di status facebook tersebut mereka luahkan rasa sedih dan kecewa dengan perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab yang seolah-olah merendahkan tempat umat Islam beribadat.

Terbaru, tulis Surau Taman Setia Bakti pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat akan kejadian tersebut.

Tular Surau Dikhianat, Letak Najis Dekat Tempat Tok Imam & Al-Quran Dikoyak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kecewa dan sedih dengan apa yang telah terjadi. Namun begitu, ada juga yang mendakwa ianya mungkin dilakukan oleh individu yang mempunyai masalah mental. Sehingga kini, tiada info lanjut berhubung apa yang telah terjadi.

Sumber : Surau Taman Setia Bakti

Tags: , , ,

Category: AGAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *