6 Tahanan Palestin Dalam Penjara Isr4el HILANG. Warden Temui “Ini” | Khalifah Media Network – Usaha yang berani oleh pejuang kemerdekaan Palestin pagi ini meloloskan diri daripada penjara penjajah.
Enam orang tahanan Palestin yang ditahan di dalam penjara Gilboa, Israel di utara Palestin berjaya melarikan diri melalui sebuah terowong yang digali di dalam bilik air. Ini telah mengejutkan pihak berkuasa Israel yang dikatakan mempunyai sistem kawalan keselamatan penjara yang ketat.
Sebilangan besar pegawai polis, pengawal penjara dan tentera terlibat dalam perburuan enam individu terbabit.
Enam Tahanan Palestin
Pegawai penjara merumuskan bahawa enam tahanan melarikan diri melalui terowong yang menuju ke luar tembok penjara yang mereka berjaya gali sejak beberapa bulan lepas. Berita awal ada juga mengatakan mereka mengambil masa setahun untuk menggali terowong tersebut.
The Shin Bet melaporkan para tahanan berhubung dengan beberapa orang di luar penjara menggunakan telefon bimbit yang diseludup dan juga mempunyai sebuah kereta yang menunggu di luar penjara untuk mereka melarikan diri.
Siasatan mengenai kejadian itu sedang dijalankan, kata Perkhidmatan Penjara Israel. Seorang pegawai dari Penjara Israel menyatakan “Ini adalah kegagalan keselamatan dan perisikan utama.”
Dalam satu kenyataan yang dibuat sejurus selepas peristiwa itu. Para Penjihad Islam menyebut pelarian itu sebagai “heroik” dan ia akan “mengejutkan sistem pertahanan Israel.” Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum memuji para pelarian yang mengatakan, “pelarian itu membuktikan keberanian tahanan ini mencapai kebebasan. Walaupun terdapat langkah keselamatan yang ketat. Ini adalah tindakan yang berani dan mengagumkan.”
Sehingga kini jejak mereka masih belum dapat dikesan. Mereka juga dikatakan telah berjaya sampai ke Jenin dan kegiatan mencari mereka sangat sukar memandangkan Jenin adalah kawasan diduduki penduduk Palestin dan terkenal dengan sikap berani bangkit.
Jangan lupa solat sunat hajat untuk pastikan mereka terus selamat dan banyakkan membaca
وجعلنا من بين أيديهم سدا ومن خلفهم سدا فأغشيناهم فهم لا يبصرون
Semoga Allah menjadikan engkau duhai penjajah tidak melihat!
Sumber: Dr Norman Finkelstein , Nadir Al-Nuri