Azam Baki Tegas Tidak Mahu Berundur, Hanya Agong Boleh Tamatkan Perkhidmatannya | Tan Sri Azam Baki menegaskan hari ini beliau tidak akan akur dengan desakan mana-mana pihak untuk beliau melepaskan jawatan susulan kontroversi yang melanda dirinya.

Azam Baki Tegas Tidak Mahu Berundur, Hanya Agong Boleh Tamatkan Perkhidmatannya 

Sebaliknya, kata beliau, hanya Yang di-Pertuan Agong boleh menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut laporan Awani, Azam meminta semua pihak untuk bersabar kerana menurutnya, kebenaran akan terserlah akhirnya.

Beliau menegaskan bahawa tetap dengan pendirian teguhnya untuk tidak meletakkan jawatan kerana tidak ada keperluan untuknya berundur.

Hanya seorang individu yang paling layak dan boleh menamatkan tugasnya, iaitu Yang di-Pertuan Agong, katanya lagi.

Selain daripada itu, beliau tidak mahu ambil peduli dengan apa jua tuntutan yang mahu diperjuangkan oleh pihak-pihak tertentu.

Dalam pada itu, Azam menjelaskan, beliau telah ‘menyerahkan diri’ kepada jawatankuasa-jawatankuasa SPRM untuk siasatan dan beliau percaya satu hari nanti semua orang akan tahu kebenarannya.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak dapat bersabar terlebih dahulu bagi mengetahui kebenaran satu hari nanti.

Jelasnya, satu hari nanti pada waktu ketika yang sesuai, semua orang akan tahu juga kebenarannya.

Sementara itu, Azam turut menegaskan beliau telah mengikuti segala protokol ditetapkan dan melakukan apa yang sepatutnya.

Katanya, beliau tidak pernah sama sekali merayu kepada mana-mana pihak atau parti politik untuk memihak kepadanya berhubung dakwaan pemilikan saham yang dihadapinya ketika ini.

Sebaliknya, tegasnya, beliau sendiri akan menunjukkan kebenaran apabila tiba masa dan ketika yang sesuai.

Katanya, sebagai Ketua Pesuruhjaya, beliau tidak perlu terikut-ikut dengan rentak mana-mana pihak yang mempunyai agenda politik tertentu.

Baginya, perkara pertama yang perlu diberi keutamaan adalah memberi maklum balas kepada ahli lembaga penasihat SPRM.

Beliau menyifatkan, mereka tersebut adalah orang yang perlu beliau hormati dan perlu mengetahui perkara ini terlebih dahulu.

Sebelumnya, nama Azam sejak seminggu lalu diheret kontroversi berikutan dakwaan beliau memiliki antara 1.9 juta hingga 2.9 juta saham dalam Gets Global Bhd pada 2016.

Bagaimanapun, pada satu sidang media khas, Azam menafikan sebarang salah laku dan mengatakan adiknya menggunakan akaun sistem depositori pusat (CDS) miliknya untuk memperoleh saham itu.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply