Bapa Rotan Anak Hingga Lebam Dipenjara & Didenda RM1,400 | Muar: Seorang penganggur dipenjara sehari dan denda RM1,400 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap anak lelakinya berusia lapan tahun, Ogos lalu.

Tertuduh yang berusia 36 tahun itu membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Analia Kamaruddin.

Laporan dibuat pihak hospital

Menurut fakta kes, laporan polis dibuat oleh seorang pegawai perubatan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar selepas mangsa memberitahu tertuduh memukulnya menggunakan rotan di sebuah rumah di Taman Banting, di sini pada 2.34 petang, 8 Ogos tahun lalu.

Susulan itu tertuduh ditahan pada keesokan hari dan didakwa didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama kerana menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

Bagi Seksyen 323, tertuduh boleh dipenjara sehingga setahun atau denda manakala Seksyen 326A, tempoh penjara dua kali ganda tempoh maksimum yang mana boleh dikenakan atas sabitan bagi kesalahan mengikut seksyen relevan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nabihah Mohd Noor manakala tertuduh diwakili Tay Che Fu.

Terdahulu, Tay memohon mahkamah menjatuhkan hukuman paling ringan kerana perlu menjaga lima anak serta ibunya lumpuh. Namun Nabihah meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Sumber: Harian Metro

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Pernah Didakwa Sebab Rotan Anak, Ini Hukuman Bekas Suami Ziana Zain

Bekas suami penyanyi terkenal Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman denda RM8,000 kerana merotan tangan anak lelakinya, empat tahun lepas.

Pernah Didakwa Sebab Rotan Anak, Ini Hukuman Bekas Suami Ziana Zain

Hakim Hasbullah Adam membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Armin Zaharin, 57, bagi mengetepikan hukuman penjara lapan bulan yang dijatuhi Mahkamah Majistret Shah Alam pada 28 Sept 2020.

Hasbullah menggantikan hukuman penjara itu dengan denda dan memerintahkan bekas pramugara itu dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda. Armin Zaharin membayar denda.

Mahkamah bagaimanapun menolak rayuan Armin Zaharin bagi mengetepikan sabitan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Hasbullah turut menasihati Armin Zaharin supaya menjadikan kejadian itu sebagai pengajaran.

“Saya harap ini dijadikan satu pengajaran. Ingat kawal diri sedikit. Apa sahaja yang berlaku hubungan antara bapa dan anak tidak akan putus,” kata Hasbullah.

Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar mewakili pihak pendakwaan selaku responden manakala peguam Amir Farid Mohd Nawawi serta Danish Manoharan mewakili Armin Zaharin sebagai perayu.

Majistret Sabreena Bakar @ Bahari menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan selepas mendapati Armin Zaharin bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam di bahagian tangan anak lelakinya, yang berumur sembilan tahun (ketika kejadian) menggunakan sebatang rotan di sebuah rumah di Denai Alam, di sini antara 8 malam dan 10.30 malam pada 24 Feb 2018.

Bapa kepada empat cahaya mata itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Sabreena bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman terhadap Armin Zaharin ditangguhkan sehingga proses rayuan selesai namun menaikkan jumlah jaminan daripada RM5,000 kepada RM8,000.

Armin Zaharin ditahan pada 2 Mac 2018 selepas Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zin, membuat laporan polis pada 27 Feb 2018.

Ziana yang popular dengan lagu Madah Berhelah dan Armin Zaharin, sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.

Majistret Sabreena Bakar @ Bahari menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan selepas mendapati Armin Zaharin bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam di bahagian tangan anak lelakinya, yang berumur sembilan tahun (ketika kejadian) menggunakan sebatang rotan di sebuah rumah di Denai Alam, di sini antara 8 malam dan 10.30 malam pada 24 Feb 2018.

Bapa kepada empat cahaya mata itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Sabreena bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman terhadap Armin Zaharin ditangguhkan sehingga proses rayuan selesai namun menaikkan jumlah jaminan daripada RM5,000 kepada RM8,000.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan tiga anak lelaki dan seorang perempuan.

Sumber : Astro Awani

Share.

Leave A Reply