Bayi Jatuh Tingkat 5 Masih Hidup | Pasukan perubatan yang merawat bayi berusia lapan bulan selepas terjatuh dari lima tingkat sebuah pangsapuri ketika gempa bumi melanda negara ini minggu lalu menyifatkan kelangsungan hidup bayi itu sebagai ‘luar biasa’.

Anadolu Agency melaporkan, bayi itu, Birce Fansa jatuh dari tingkat lima pangsapuri itu dengan buaiannya sekali ketika gempa bumi melanda daerah Antakya di Hatay, Selatan Turkiye.

Ibu dan bapanya, Nilay dan Cengiz berjaya diselamatkan daripada runtuhan bangunan, masing-masing 13 dan 33 jam selepas gempa bumi berlaku, namun adik-beradiknya, Alin dan Nil, terbunuh dalam kejadian itu.

Bayi itu ditemukan penduduk di situ menangis sejurus kejadian gempa bumi itu berlaku dan dibawa ke Hospital Bandar Adana dengan ambulans, tanpa diketahui ibu bapanya yang masih terperangkap dalam runtuhan.

Dr Nursah Keskin yang merawat bayi itu di hospital, memberitahu pemberita bahawa Birce sangat bertuah.

Beliau berkata bahawa mereka memulakan rawatan untuk memulihkan pendarahan pada otak. Kakinya patah… perkara teruk yang boleh berlaku impak terhempap ke tanah (akibat jatuh dari tempat tinggi). Tuhan melindunginya dan ia itu satu keajaiban.

Sementara itu, ibunya, Nilay berkata, pada mulanya dia tidak menyangka Birce masih hidup, tetapi kini dia cukup lega.

Selepas gempa bumi yang melanda daerah itu pada 6 Februari lalu, Nilay diselamatkan pasukan penyelamat bersama anak perempuannya, Nil, 4, selepas 13 jam terperangkap dalam runtuhan pangsapuri tujuh tingkat. Nil bagaimanapun terkorban dalam kejadian itu.

Tiga puluh tiga jam kemudian, suaminya, Cengiz berjaya diselamatkan, manakala mayat anak perempuannya, Alin, 2, ditemukan selepas empat hari bencana itu berlaku.

Sekurang-kurangnya 35,400 penduduk terbunuh susulan dua gempa bumi yang menggegarkan selatan Turkiye pada 6 Februari lalu dan Lebih daripada 13 juta penduduk.

Gegaran bermagnitud 7.7 dan 7.6 yang berpusat di Kahramanmaras, turut dan melanda sembilan wilayah lain – Hatay, Gaziantep, Adiyaman, Malatya, Adana, Diyarbakir, Kilis, Osmaniye, dan Sanliurfa.

Di negara jiran Syria, sekurang-kurangnya 3,688 terbunuh dan lebih 14,749 cedera.

Sumber: Harian Metro

 

Artikel Lain

Demi Tugas Di Turkiye, Tentera Tinggalkan Bayi Berusia 15 hari

“Saya bertugas demi Malaysia, keluarga juga sudah merestui. Harapan saya (dapat) pergi dan balik dengan selamat,” kata Cef Tentera Koperal Azizul Muhammad, 31.

Beliau yang baru menimang anak kedua 15 hari lalu antara 41 anggota membabitkan 16 pegawai dan 25 anggota lain-lain pangkat daripada kumpulan terakhir pasukan Hospital Medan Malaysia (HMM) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyertai Operasi Starlight II (Op Starlight II) ke Turkiye untuk membantu mangsa gempa bumi di negara itu.

Katanya, beliau ditugaskan untuk bersama di HMM ATM di Turkiye itu untuk penyediaan makanan dan katering.

Sementara itu, walaupun masih berpantang, isterinya Nur Izzatie Rahim, 35, yang bekerja sebagai juru X-ray di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) itu sanggup hadir ke Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, bersama dua anak mereka iaitu Nur Ailis, 4, dan Muhammad Luth Uwais berusia 15 hari.

“Suami baru habis cuti paterniti. Dia diberitahu kena ‘bertugas’, saya ingatkan ‘duty’ biasa dekat kem (tempat Azizul bertugas di Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) Kem Perdana Sungai Besi).

“Rupa-rupanya kena terbang sampai ke sana (Turkiye) dan ini adalah tugasan pertama suami di luar negara. Saya berdoa dan berharap suami serta pasukannya yang bertugas di sana balik dengan selamat,” katanya ketika ditemui di Terminal 1 KLIA, di sini, malam ini.

ANGGOTA Tim Op Starlight ll mengangkat beg sebelum memasuki pintu pelepasan antarabangsa. FOTO Bernama.

Pelepasan kumpulan berkenaan yang disempurnakan Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Noor Mohamad Akmar Mohd Dom.

Sementara itu, Pakar Bedah Am Hospital Angkatan Tentera Tunku Mizan, Mejar Dr Sivananthan Asokumar berkata, beliau rasa bangga diberikan peluang bertugas untuk membawa nama Malaysia di persada antarabangsa.

“Tugas saya ialah melakukan pemeriksaan terhadap mangsa selepas pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menyelamatkan mangsa di tempat kejadian.

“Jika mangsa memerlukan pembedahan kita akan melakukannya untuk cuba menyelamatkan nyawa mereka. Itu sasaran,” katanya.

Beliau yang pernah menyertai misi pengaman selama setahun di Lubnan 10 tahun lalu berkata, ini adalah kali pertama perlu melaksanakan tugas di kawasan gempa bumi teruk.

Dr Sivananthan berkata, isterinya Amirtha Rengasamy, 36, serta dua anak mereka Sudharmathy, 9, Sivamathy, 5, semakin memahami tugasnya sebagai doktor merangkap tentera.

Pasukan HMM ATM di Turkiye diketuai Pemerintah Op Starlight II, Brigedier Jeneral Datul Dr Amran Amir Hamzah, keseluruhannya bersama 106 pegawai dan anggota akan melaksanakan misi yang dijangkakan selama enam minggu namun akan dilanjutkan sekiranya perlu.

Sumber : HM

Share.

Leave A Reply