Perasaan bimbang sepasang suami isteri akan nasib anaknya yang dilaporkan hilang dalam ladang sawit bertukar lega apabila ditemui selamat oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), di sini kurang daripada 24 jam.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, kanak-kanak tersebut ditemuikan selamat dari jarak 2 kilometer mangsa dilaporkan hilang dan tiada cedera yang teruk pada badan mangsa.
“Pasukan penyelamat telah menemukan kanak-kanak tersebut sekitar jam 1:14 petang tadi dalam keadaan yang sihat tanpa sebarang kecederaan teruk.
“Operasi SAR tersebut juga dibantu bersama satu unit K9, sejak jam 9 pagi tadi,” katanya.
Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun diperluaskan oleh dua pasukan penyelamat JBPM, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu dengan kaedah ‘base line method’ dalam radius 3000m dari lokasi dikenal pasti mangsa hilang.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata seramai 7 anggota pasukan penyelamat memulakan operasi SAR disekitar kawasan ladang kelapa sawit.
Semalam, seorang kanak-kanak berusia dua tahun dilaporkan hilang ketika bermain di belakang rumahnya di Kuari Batu Perigi dan dilaporkan kira-kira pukul 4.05 petang.
Mangsa disedari hilang oleh ibunya semasa sedang menunggu ayahnya pulang dari kerja di pondok Kuari Batu Perigi.
Mangsa kali terakhir dilihat oleh ibunya sedang bermain di luar kawasan pondok belakang rumah kongsi kuari berkenaan. Setelah menyedari mangsa tiada bersebelahan, ibu mangsa terus memanggil serta bergegas mencarinya dengan bantuan suami dan beberapa pekerja lain di sekitar kawasan berkenaan namun masih gagal dijumpai.
Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu dengan kerjasama polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan pekerja Kuari Batu Perigi.
Sumber : UM
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Bayi Jatuh Tingkat 5 Masih Hidup
Pasukan perubatan yang merawat bayi berusia lapan bulan selepas terjatuh dari lima tingkat sebuah pangsapuri ketika gempa bumi melanda negara ini minggu lalu menyifatkan kelangsungan hidup bayi itu sebagai ‘luar biasa’.
Anadolu Agency melaporkan, bayi itu, Birce Fansa jatuh dari tingkat lima pangsapuri itu dengan buaiannya sekali ketika gempa bumi melanda daerah Antakya di Hatay, Selatan Turkiye.
Ibu dan bapanya, Nilay dan Cengiz berjaya diselamatkan daripada runtuhan bangunan, masing-masing 13 dan 33 jam selepas gempa bumi berlaku, namun adik-beradiknya, Alin dan Nil, terbunuh dalam kejadian itu.
Bayi itu ditemukan penduduk di situ menangis sejurus kejadian gempa bumi itu berlaku dan dibawa ke Hospital Bandar Adana dengan ambulans, tanpa diketahui ibu bapanya yang masih terperangkap dalam runtuhan.
Dr Nursah Keskin yang merawat bayi itu di hospital, memberitahu pemberita bahawa Birce sangat bertuah.
Beliau berkata bahawa mereka memulakan rawatan untuk memulihkan pendarahan pada otak. Kakinya patah… perkara teruk yang boleh berlaku impak terhempap ke tanah (akibat jatuh dari tempat tinggi). Tuhan melindunginya dan ia itu satu keajaiban.
Sementara itu, ibunya, Nilay berkata, pada mulanya dia tidak menyangka Birce masih hidup, tetapi kini dia cukup lega.
Selepas gempa bumi yang melanda daerah itu pada 6 Februari lalu, Nilay diselamatkan pasukan penyelamat bersama anak perempuannya, Nil, 4, selepas 13 jam terperangkap dalam runtuhan pangsapuri tujuh tingkat. Nil bagaimanapun terkorban dalam kejadian itu.
Tiga puluh tiga jam kemudian, suaminya, Cengiz berjaya diselamatkan, manakala mayat anak perempuannya, Alin, 2, ditemukan selepas empat hari bencana itu berlaku.
Sekurang-kurangnya 35,400 penduduk terbunuh susulan dua gempa bumi yang menggegarkan selatan Turkiye pada 6 Februari lalu dan Lebih daripada 13 juta penduduk.
Gegaran bermagnitud 7.7 dan 7.6 yang berpusat di Kahramanmaras, turut dan melanda sembilan wilayah lain – Hatay, Gaziantep, Adiyaman, Malatya, Adana, Diyarbakir, Kilis, Osmaniye, dan Sanliurfa.
Di negara jiran Syria, sekurang-kurangnya 3,688 terbunuh dan lebih 14,749 cedera.
Sumber: KMN