Bayi Perempuan Maut Ditindih Lengan Bapa Ketika Tidur | Akibat kecuaian, sepasang suami isteri dikhabarkan telah kehilangan bayi perempuan mereka yang baru berusia 18 hari selepas dia dilaporkan maut akibat dihimpit oleh lengan ayahnya secara tidak sengaja ketika tidur, di Manchester, baru-baru ini.
Menerusi laporan Daily Mail, bayi tersebut dikenali sebagai Asha-May Finney Hulme dikatakan maut dalam satu kejadian pada pagi 6 Januari tahun lalu dan ia dibicarakan semula di mahkamah baru-baru ini.
Kejadian berlaku selepas ibu bayi berkenaan, Alise Hulme bersama suaminya, Finney melaporkan kematian tersebut kepada polis dan memberitahu bahawa bayi mereka ditemui mati di katil bayi.
Namun begitu, mereka mengakui bahawa Asha-May meninggal dunia kerana tercekik akibat terhimpit di bawah lengan semasa tidur bersama di katil mereka.
Hasil siasatan telah dilakukan oleh ahli patalogi dan mendapati kematian bayi malang tersebut adalah disebabkan hypoxia, di mana saluran udara tersumbat hingga menyebabkan berlaku kecederaan pada otak.
Fakta kes menunjukkan bahawa sebelum kejadian berlaku, Alise telah berpesan kepada suaminya beberapa jam sebelum itu supaya meletakkan bayi mereka ke katil bayi selepas selesai menyusukannya.
Bagaimanapun kecuaian dari pihak suaminya yang tidak melakukan seperti apa yang disuruh telah menyebabkan insiden terbabit berlaku dan dia dilaporkan tertidur bersama Asha di katil mereka selepas itu.
Finney yang dilihat menafikan kecuaiannya berkata bahawa dia sebelumnya telah meletakkan bayi mereka itu di katil bayi milik Asha namun tidak semena-mena paginya dia tersedar bahawa bayi tersebut telah berada di bawah lengannya.
Kes berkenaan yang menyebabkan bayi mereka mati terhimpit itu dibicarakan di mahkamah.
Peguam kes, Andrew Cox telah membacakan semula kes dan menyimpulkan bahawa kematian tersebut tidak dikira sebagai kes yang disengajakan.
Dia menjelaskan bahawa bukti yang diterima saat ini menunjukkan bahawa ketika kedua-dua ibu bapa (ini) bangun pada pagi hari 6 Januari 2020, Asha-May sebenarnya berada di tempat tidur mereka dan di bawah lengan kanan Encik Finney selain mendakwa bahawa bukti yang mereka kemukakan di hospital adalah berbeza versi dengan di mahkamah selain memberitahu bahawa Encik Finney adalah orang yang terakhir memberi makan kepada Asha-May (pada malam sebelum kejadian).
Berkemungkinan juga ia adalah insiden yang tidak disengajakan selain wajar kematian bayi terbabit diklasifikasikan sebagai satu kemalangan yang tidak disengajakan.
Difahamkan, tiada tindakan undang-undang dikenakan terhadap mereka selepas itu.
Sumber: Daily mail