Bazar Ramadhan, Aidilfitri Dibatalkan Di Kelantan | Penantian suasana Ramadhan seperti dahulu kala bertukar sepi di negeri Kelantan apabila kerajaan negeri Kelantan telah membatalkan perlaksanaan bazar ramadhan dan aidilfitri di negeri itu pada ramadhan kali ini. Keputusan itu telah diambil berikutan peningkatan kes Covid-19 sejak beberapa hari lalu.
Perkara ini telah dimaklumkan oleh DR. Izani Husin, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri menerusi akaun Facebook miliknya.
Beliau turut memaklumkan bahawa Program Madinah Ramadhan juga telah ditukarkan menjadi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-2919 Berisiko Rendah (PKRC). Itu merupakan salah satu inisistif yang diambil oleh kerajaan untuk membendung penularan wabak berkenaan.
Program Madinah Ramadhan merupakan aktiviti tradisi yang sering dilakukan di negeri itu tiap kali tibanya bulan Ramadhan. Program ini merupakan program yang melibatkan perlaksanaan aktiviti solat terawih secara berjemaah, berbuka puasa dan sahur, penyampaian sumbangan kepada fakir miskin dan juga tazkirah serta bicara keilmuan.
Sehingga semalam, Kelantan telah mencatatkan sebanyak 171 kes. kini negeri itu telah berada di kedudukan ketiga tertinggi selepas Sarawak dan Selangor. Terdapat juga kluster baru dicatatkan di negeri itu iaitu Kluster Bandar Baru Kubang Kerian. Kluster itu membabitkab tempat kerja di beberapa daerah iaitu Bachok dan Kota Bharu.
Pada mulanya bazar ramadhan di Kelantan dibenarkan untuk beroperasi sepanjang bulan ramadhan. namun terdapat jumlah kapasiti penjual dan pembeli yang bersesuaian denagn lokasi perlu diikuti. Perlaksanan bazar itu juga haruslah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Penjual juga hanya dibenarkan untuk melayan dua orang pelanggan sahaja pada satu masa, kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob.
Namun kebenaran itu telah ditarik semula oleh kerajaan negeri itu apabila kes di negeri itu kian meningkat.
Sumber: Kosmo