Beberapa Kakitangan Dan Pelajar Universiti Alberoni Terbunuh Akibat Pengeboman Di Afganistan | Sebuah bom dipercayai dibaling dari arah dari tepi telah menghentam sebuah bas mini yang membawa pensyarah dan pelajar universiti di wilayah Parvan utara Afghanistan sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan mencederakan 11 yang lain, kata para pegawai.

Beberapa Kakitangan Dan Pelajar Universiti Alberoni Terbunuh Akibat Pengeboman Di Afganistan

Jurucakap kementerian dalam negeri Tariq Arian dalam satu kenyataan mengatakan bas mini terbabit telah disasarkan pada hari Sabtu di ibu kota wilayah Charikar ketika memindahkan kumpulan itu ke Universiti Alberoni di wilayah Kapisa yang berdekatan.

Jurucakap polis wilayah Kapisa, Shayeq Shoresh menerusi laporan Al Jazeera menjelaskan bahawa bom terbabit telah diletupkan menggunakan alat kawalan jauh.

Kementerian pengajian tinggi mengulas bahawa sekurang-kurangnya dua dari mereka yang terbunuh adalah pensyarah di Universiti Alberoni, serta antara mangsa yang tercedera adalah termasuk dekan universiti dan beberapa pelajar malah ada sebilangan yang cedera dalam keadaan kritikal.

TOLO News Afghanistan melaporkan bahawa serangan tersebut berlaku kira-kira pada jam 3:15 petang waktu tempatan.

Dikhabarkan tiada yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan terbabit serta Kumpulan Taliban juga turut menafikan bahawa mereka terlibat dalam pengeboman tersebut.

Serangan membawa maut tersebut telag dilakukan sebelumnya di Universiti Kabul pada November tahun lalu dan ia telah dituntut oleh kumpulan ISIL (ISIS).

Sebelumnya, satu perjanjian telah ditandatangani oleh pihak Taliban dan AS tahun lalu selepas Washington bersetuju untuk menarik tentera mereka sebagai jaminan ganti keselamatan Taliban selepas kumpulan terbabit dilaporkan telah memulakan rundingan damai dengan pemerintah Afghanistan.

Namun, dalam beberapa bulan terakhir ini, keganasan di negara tersebut telah melonjat tinggi selepas tiga minggu yang lalu, telah berlakunya satu serangan bom di luar sebuah sekolah di ibu kota Kabul sehingga mengorbankan 68 orang yang rata-ratanya merupakan pelajar,serta mencederakan 165 yang lain.

Hampir 1,800 orang awam di Afghanistan telah terbunuh atau cedera dalam tiga bulan pertama 2021 melibatkan pertempuran antara pasukan pemerintah dan pejuang Taliban, kata PBB bulan lalu.

Sumber: Al Jazirah

Share.

Leave A Reply