“Penyelidikan Mengenai Varian Baru Covid-19 Perlu Dilakukan Segera”- Saran Pakar | Saban hari kita tidak dapat menafikan bahawa Covid-19 di Malaysia dilihat semakin mengganas daripada sebelumnya selepas dilaporkan telah wujudnya varian baharu yang menyebabkan ramai menjadi mangsa.

"Penyelidikan Mengenai Varian Baru Covid-19 Perlu Dilakukan Segera"- Saran Pakar

Menurut pakar, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) perlu segera melakukan penyelidikan terhadap varian baharu yang dilihat lebih ganas dan cepat merebak dari varian sebelumnya.

Menurut Pakar Kesihatan Awam, Prof Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid menerusi Awani, sehingga hari ini walaupun varian baharu ini dilihat mempunyai kadar berjangkit lebih tinggi, tetapi pada masa kini belum ada bukti bahawa varian ini menyebabkan penyakit (gejala) lebih serius dan berbahaya.

Tambahnya lagi, tahap keparahan pesakit pada masa sekarang belum dapat membuktikan ia lebih tinggi dari kadar kematian selain masih terdapat ruang untuk  perbaiki keadaan walaupun berlaku varian baharu.

Setelah melihat keseriusan varian baharu ini, penyelidikan lebih mendalam perlu dilakukan segera bagi mendapatkan data mengenai varian baharu itu seterusnya dapat mengenal pasti tindakan apa yang perlu dilakukan bagi mengatasinya.

Mohamed Aljunid telah mencadangkan supaya pihak KKM bersama KPT melakukan penyelidikan adakah varian baharu ini menyebabkan tahap keparahan tinggi dan hasil daripada penyelidikan mendapati infeksi varian baharu ini.

Beliau turut mencadangkan agar tiga pihak harus terlibat dalam kajian tersebut iaitu doktor daripada KKM; kedua, makmal yang berkapasiti melakukan ujian genetik; ketiga, mereka yang berada di lapangan seperti pakar kesihatan awam yang mempunyai data pesakit yang mereka telah kesan.

Jelas beliau, ketiga-tiga data ini harus dikumpulkan untuk penyelidikan bagi melihat adakah varian baharu ini menyebabkan berlaku peningkatan tahap kematian.

Jumlah kumulatif kes kematian di negara ini dilaporkan sudah mencapai jumlah 2,650 dengan kes tertinggi dicatatkan semalam dengan 98 kematian.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply