Bedah Siasat 29 Mangsa vid-19. Apa Yang Penyelidik China Buat Ramai Tergamam | China kini hampir bebas dari Covid-19 selepas beberapa hari tiada kes positif baru dicatatkan. Terkini penyelidik China telah bedah siasat 29 mangsa Covid-19 yang meninggal dunia dan apa yang mereka temui amat mengejutkan. Baca selanjutnya.
Virus Covid-19 Kekal Di Paru-Paru Walau Dah Meninggal Dunia
Kumpulan penyelidik China menjalankan bedah siasat ke atas 29 mayat pesakit COVID-19 dan mendapati virus itu tetap berada di paru-paru mangsa walaupun selepas meninggal dunia, lapor agensi berita Xinhua.
Bedah siasat itu turut menunjukkan kerosakan teruk ke atas sistem kekebalan pesakit terhadap penyakit yang mungkin menjadi ‘faktor amat penting’ kepada kematian mereka, kata pakar penyakit berjangkit Hospital Universiti Pertama Peking, Wang Guiqiang, pada sidang akhbar di Beijing Selasa.
Wang menambah, jangkitan itu bukan hanya menyebabkan perubahan patalogi teruk pada paru-paru pesakit, tetapi turut merosakkan salur bronkial kecil yang mengakibatkan penghidap penyakit lebih sukar bernafas.
Sementara itu, China mampu mencegah penularan wabak Covid-19 import menerusi kaedah ‘tiga benteng pertahanan’, ketika semakin banyak kes berkenaan dilaporkan di negara ini, kata pakar perubatan hari ini.
Pentadbiran kastam menjadi benteng hadapan mengenal pasti pesakit import menerusi ujian suhu badan dan memeriksa rekod 40 hari perjalanan penumpang, lapor agensi berita Xinhua.
Pakar wabak penyakit berjangkit, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Wu Zunyou berkata, benteng kedua pula, memastikan mereka yang memasuki negara itu dikuarantin selama 14 hari meliputi tempoh inkubasi virus, selang masa antara jangkitan dan tempoh pembentukan gejala.
Wu berkata, mereka yang menunjukkan gejala Covid-19 perlu dihantar ke hospital yang khas untuk mendapat rawatan.
Kakitangan perubatan berpengalaman pula dikhaskan menangani kemungkinan kewujudan pesakit Covid-19 iaitu kumpulan pesakit yang gagal dikesan pada dua saringan terdahulu.
Katanya, tiada kes import dikenal pasti pada benteng pertahanan ketiga dan yang terakhir itu setakat ini.
China melaporkan 74 kes Covid-19 import diikuti 427 kes import menjelang akhir Isnin. — BERNAMA
Belajar sesuatu tentang virus Covid-19 yang bahaya ini? Baca pula yang ini : Kajian China Dapati Individu Darah O Lebih KEBAL Dari Covid-19. Ini Puncanya. (LINK). Apa-apa pun, duduk kat rumah ye, jangan keluar tak tentu hala. Bersama kita lawan dengan virus Covid-19 nih.
Sumber: Sinar Harian