PETALING JAYA – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengesahkan individu yang didakwa membuat kenyataan berbentuk penghinaan ke atas agama Islam itu adalah bekas pemain pelapis percubaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada tahun 2014.

Hannah menerusi ciapan di Twitternya hari ini memaklumkan pemain itu bukan lagi atlet negara dan kini tidak menetap di Malaysia.

“Saya sudah semak dengan Majlis Sukan Negara (MSN), beliau (individu tular) bukan lagi atlet negara dan merupakan bekas pemain pelapis percubaan BAM sembilan tahun yang lalu.

“Saya tidak bersetuju dengan ucapan media sosial beliau dan mengecam sekeras-kerasnya sebarang ucapan perkauman dan pertikaian agama yang dibangkitkan walaupun beliau telah meminta maaf,” ciapnya.

Tegas Hannah lagi, beliau mengingatkan setiap atlet haruslah bebas daripada sebarang pertikaian berunsur perkauman dan politik terutama ketika memuat naik sebarang kandungan di media sosial.

“Saya percaya ibadat agama tidak pernah mengganggu prestasi atlet dan sukan. Ini tidak pernah menjadi satu masalah di Malaysia.

“Saya ulangi pendirian, sukan mesti bebas daripada sebarang unsur perkauman dan politik. Semua atlet negara merupakan sumber inspirasi kepada masyarakat dan dinasihati berhati-hati dengan kandungan media sosial masing-masing,” pesannya.

Terdahulu, dalam video yang tular di media sosial sejak kelmarin, individu tersebut mengatakan punca pengurusan BAM kurang baik adalah kerana diuruskan orang Melayu.

@majoritiofficial

Solat 5 waktu punca gagal manage BAM?? Apa kata anda? #fypage #trendingtiktokviral #beritatiktok #viralvideo #majoriti #tular

♬ original sound – Majoriti Official – Majoriti Official

Katanya, orang-orang Melayu tidak menguruskannya dengan sempurna lebih-lebih lagi kerap meninggalkan latihan ataupun pengurusan tiap kali waktu solat.

Netizen juga kesal dengan situasi ini kerana bekas atlet bercakap tanpa memikirkan pelbagai pihak.

“Eh bang, gunalah otak tu sebelum cakap.  Kita hidup dengan Malaysia. Ada kaum Cina, kaum Melayu, kaum India dan kaum lain. Kamu cakap kata-kata yang rasis lepas tu postkan di Tik Tok versi China tu. Ramai orang China yang tengok tu.

“Kamu nie memalukan nama baik negara kita. Kalau pandai sangat, baliklah ke sini jadi coach ke, jadi managment ke. Kamu tak layak, kamu duduk di sana, jadi coach kemudian cakap pasal badminton Malaysia. Hah, balik sini tunjuk bakat. Ah Boy memang marah sangat tengok video ini guys. Saya harap korang boleh viralkan video ini,” katanya yang langsung tidak bersetuju dengan tindakan bekas pemain negara itu.

“Tahniah dan Terbaik YB Hannah, Semoga Kerajaan Perpaduan ini tidak ada lagi timbul soal isu Perkauman dan Agama,, kita semua Rakyat Malaysia,,kalau ada apa jua masalah harap selesaikan dengan cara yg berhemah,,demi kebaikan semua pihak”.

“Orang macam dia ni mengugat keharmonian negara. Tindakan harus diambil keatasnya”.

“Ye kekalkan keharmonian. Ahli sukan adalah ikon masyarakat. People look up to them. Mereka adalah duta. Mereka pilih untuk menjadi ahli sukan, mereka perlu akur dengan disiplin yang datang sekali dengan status tersebut. Mulut perlu jaga. Tak kira bangsa. Hormati perbezaan”.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply