Mayat Ditemui Di Andes Disahkan Wanita Hilang 41 Tahun Lalu | Satu mayat yang ditemui di pergunungan di Andes, Amerika Selatan baru-baru ini disahkan seorang wanita yang hilang pada 41 tahun yang lalu, lapor Metro UK.
Imbas kembali, wanita berkenaan dikenali sebagai Marta Emilia Altamirano yang mesra dengan panggilan Patty hilang semasa eskpedisi di Andes pada Mac 1981.
Susulan itu, sekurang-kurangnya empat ekspedisi mencari dan menyelamat (SAR) telah dijalankan untuk menjejakinya tetapi tiada satu pun yang berjaya.
Namun pada 28 Januari tahun ini iaitu kira-kira 41 tahun kemudian, satu mayat telah ditemui tersekat pada glasier tertinggi banjaran Cordillera de la Ramada.
Pada mulanya, mayat itu disyaki seorang wanita berusia antara 18 sehingga 30 tahun tetapi selepas disahkan identitinya, ia adalah Patty yang hilang 41 tahun lalu.
Pada 23 Mac 1981, Patty dikatakan mendaki gunung bersama kakaknya, Corina bersama seorang pendaki berpengalaman, Sergio Bossini.
Difahamkan, mereka mula mendaki selama empat hari sebelum berhenti dan mendirikan khemah pada ketinggian lebih 5,000 meter sekitar 7 malam.
Pada malam itu, Patty dipercayai pergi meninjau keadaan sekeliling seorang diri tapi malangnya, dia dikatakan tergelincir ratusan meter ke bawah disebabkan cerun berais.
Disebabkan Patty tidak pulang ke khemah (setelah lama meninjau), Corina dan Sergio bertindak untuk mencarinya sepanjang malam sebelum kembali ke khemah mereka.
Pada keesokan paginya mereka merancang untuk terus mencari jejak Patty namun dalam masa sama, mereka tidak tahu bahawa wanita itu sudah pun meninggal dunia.
Bagaimanapun hasrat mereka untuk mencarinya gagal kerana suhu sejuk, cuaca teruk dan keadaan tidak mengizinkan hingga terpaksa memohon bantuan pihak kecemasan.
Mereka melaporkan kehilangannya pada 29 Mac berikutnya dan pasukan SAR dikerahkan ke lokasi kejadian.
Namun waktu itu, mayat Patty yang tertimbus di bawah litupan ais sudah pun mula membeku.
Sehinggalah pada 28 Januari lalu ketika satu mayat ditemui, empat adik-beradiknya dipanggil untuk melakukan pengecaman identiti.
Difahamkan mereka mengesahkan identiti mayat berkenaan melalui pakaian dan barangan yang dikenakan olehnya ketika sebelum kejadian.
Tambahan pula hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) turut mengesahkan bahawa mayat yang ditemui itu adalah seorang wanita muda.
Corina berkata bahawa mereka berempat dapat mengetahui itu adalah dia. Ia seperti perasaan yang lega selepas mengetahui perkara itu adalah benar.
Corina menjelas bahawa kini dapat rasakan ketenangan dan kedamaian yang mendalam.
Tambah keluarga itu lagi, mayat Patty akan dibawa ke Tucuman supaya saudara-mara yang lain boleh mengucapkan selamat tinggal sebelum membakarnya.
Malah, mereka (keluarga) merancang untuk menaburkan abu mayat Patty ke atas gunung Andes, kerana itu adalah ‘keinginannya’.
Sumber: Siakap Keli
Artikel Lain
Mayat Ditemui Selepas Tiga Hari
Mayat Ditemui Selepas Tiga Hari | Tunggangan solo seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi berakhir tragedi, apabila ditemukan maut dalam semak, selepas tiga hari nahas menimpanya dalam kejadian di Kilometer 22, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood, berkata siasatan awal mendapati mangsa berumur 46 tahun itu menunggang secara solo menuju ke arah Hentian Titiwangsa, di sini, kira-kira jam 11.15 pagi Jumaat lalu.
Beliau berkata, mayat mangsa hanya dijumpai pada kira-kira 5.30 petang semalam oleh rakan-rakan yang berusaha menjejaki dan mencari mangsa.
Zulkifli berkata, usaha menjejaki mangsa dilakukan beberapa rakan dibuat berpandukan laporan polis berkaitan kehilangan yang dibuat oleh bapanya kira-kira jam 1.58 petang semalam di Balai Polis Kuala Ketil, Kedah.
Beliau juga menyata bahawa ketika sampai di tempat kejadian iaitu pada Jumaat lalu, motosikal mangsa iaitu jenis Kawasaki Ninja ZX636 dipercayai gagal dikawal, menyebabkan mangsa dan motosikalnya terbabas ke dalam semak berdekatan.
Beliau berkata menerusi kenyataan hari ini bahawa rakan-rakan mangsa dapat menjejaki mangsa di tempat kejadian semalam dan memaklumkan kepada polis.
Katanya lagi, susulan itu orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden diminta berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Zaidi Mat Yasin di talian 013-4487374 bagi membantu siasatan.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Berita Harian