Bencana: Agong Redah Banjir, Tinjau Situasi Semasa | Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dilaporkan telah meredah air banjir di sekita  r Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini malam tadi ketika meninjau situasi banjir di ibu negara.

Bencana: Agong Redah Banjir, Tinjau Situasi Semasa

Keberangkatan Seri Paduka bagi meninjau situasi banjir susulan hujan lebat sejak Jumaat itu turut dirakamkan dan dimuat naik di laman Facebook Istana Negara.

Catatan itu menyatakan Seri Paduka telah berkenan untuk turun dari kenderaan Baginda sewaktu hujan lebat di jalan susur menghala WTC dan meredah air banjir bagi melihat sendiri situasi di sekitar kawasan tersebut.

Menurut catatan tersebut lagi, keberangkatan Seri Paduka Baginda mencemar duli adalah cerminan keperibadian tinggi dan kasih kepada rakyat baginda tanpa mengira tempat, masa dan cuaca.

Lembah Klang dikatakan dilanda banjir sehingga menyebabkan ribuan penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara serta sejumlah pengguna jalan raya terkandas akibat laluan yang dinaiki air dan ditutup.

Selain Lembah Klang, banjir turut dilaporkan berlaku di Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Kelantan dan Terengganu.

Bencana: Agong Redah Banjir, Tinjau Situasi Semasa

Sebelumnya, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan semua kementerian berkaitan menggerakkan aset ke kawasan terjejas banjir bagi memastikan rakyat diselamatkan dan ditempatkan di pusat pemindahan sementara dengan segera.

Sumber: Astro Awani 

Share.

Leave A Reply