Bendera Israel Dijadikan Sebagai Kain Alas Kaki Di Bogor | Kekejaman rejim Zionis yang melakukan serangan terhadap Palestin sememangnya layak menerima kecaman dan kutukan bagi seluruh umat Islam mahupun rakyat yang menyokong Palestin. Pelbagai tindakan dan cara yang dilakukan oleh seluruh rakyat di dunia ini sebagai tanda untuk memboikot segala hal yang berkaitan Israel.

Bendera Israel Dijadikan Sebagai Kain Alas Kaki Di Bogor

JAKARTA – Penduduk daerah Bogor di Jawa Barat, Indonesia mempunyai cara tersendiri menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin dengan membentangkan bendera gergasi Rejim Zionis di sebatang jalan utama di kawasan itu.

Menerusi kemas kini pemilik akaun Instagram @bogorupdate24, penduduk Kampung Parung di  Bogor dengan sengaja meletakkan dua bendera Israel di atas Jalan Raya Parung – Bogor.

Dua helai bendera Israel yang berukuran hampir menutup jalan raya itu telah dijadikan sebagai lapik alas kaki untuk semua penduduk yang melalui jalan di situ.

Tindakan itu mendapat pujian yang banyak daripada netizen. Mereka memuji keberanian yang dilakukan oleh penduduk kampung bagi menunjukkan sokongan yang kuat kepada saudara Islam yang berada di Palestin.

“Hebat, inilah sokongan yang boleh kita berikan untuk mengutuk Rejim Zionis,” tulis seorang pengguna di media sosial.

“Saya yakin, tindakan serupa ini akan diikuti beberapa wilayah lain tidak lama lagi. #SavePalestine,” komen seorang lagi.

Sumber: Kosmo

 

Share.

Leave A Reply