Berang Laungan ‘Azan’ Mengganggu Tidur, Seorang Muezzi Masjid Mati Dibunuh | Seorang lelaki  telah membunuh seorang Muezzin masjid kerana dikatakan azan yang dilaungkan telah mengganggu tidurnya di sebuah bandar perang, Taiz, Barat Daya Yaman, baru-baru ini.

Berang Bunyi 'Azan' Menganggu Tidur, Seorang 'Muezzin' Masjid Mati Dibunuh
Pasukan keselamatan menyerbu rumah itu setelah mengetahui bahawa suspek pembunuh itu bersendirian, kata Kapten Mokhtar Al Youssefi, seorang pegawai polis tempatan. GAMBAR sekadar hiasan-

Sumber di Taiz telah memberitahu bahawa lelaki tersebut telah menikam mangsa yang dikenali sebagai Mahyoub Shamsan Al-Zaghrouri, 70, seorang Muezzin di Masjid Al- Rahma sehingga mati dalam satu pertengkaran berdekatan masjid tersebut.

Suspek telah dikenal pasti sebagai Mohammed Al-Zaidi, 35, menetap di kawasan berdekatan Masjid Al-Rahma, tempat di mana Muezzin tersebut sering melaungkan azan.

Menurut laporan media tempatan,  suspek sebelum ini cuba untuk melakukan serangan ke atas muezzin tersebut namun tidak berjaya. Kali terakhir, dia dilihat membawa sebilah belati sebelum menghadap muezzin yang sedang berjalan ke masjid bagi menunaikan solat Fardhu Subuh di Masjid Al Rahma, Wilayah Barat Daya, Yaman.

Suspek dikatakan menikam muezzin tersebut berulang kali menggunakan sebilah belati kemudian menghancurkan kepalanya  menggunakan batu besar sebelum dia dilihat menyembunyikan diri di rumah dan enggan menyerahkan diri kepada pihak polis.

Seorang Peagawai Polis Tempatan, Kapten Mokhtar Al Youseffi mengumumkan bahawa mereka telah berjaya menangkap suspek walaupun dia dilihat cuba menyembunyikan diri di rumah.

” Dia cuba menghentikan penangkapannya dengan cubaan menyerang pihak polis menggunakan sebilah parang namun tindakan pantas telah diambil oleh pasukan keselamatan dimana mereka telah menembak kakinya sehingga luka. Dia telah ditahan dan dipindahkan ke hospital tempatan bagi mendapatkan rawatan”, katanya kepada pihak media.

Sumber tempatan memberitahu bahawa pembunuhan akibat daripada ‘laungan azan’ terlalu kuat ini tidak pernah terjadi sebelum ini namun terdapat satu akaun media sosial telah dicipta bagi menunjukkan protes terhadap laungan azan lebih-lebih lagi, pada waktu Subuh.

Pertempuran kejam masih berlanjutan di Taiz antara pemerontak Houthi Yaman, yang mengelilingi sebahagian besar kota dan pasukan yang setia kepada pemerintah Presiden Yaman yang diiktiraf antarabangsa Abed Rabbo Mansour Hadi.

Sumber: TheNewArab

Share.

Leave A Reply