Bergaduh Dengan Bekas Suami, Lima Anak Dilemaskan Sehingga Maut | Seorang wanita dari jerman yang berusia 28 tahun telah menerima pertuduhan membunuh lima daripada enam orang anaknya di dalam bilik mandi pada tahun lalu.

Bergaduh Dengan Bekas Suami, Lima Anak Dilemaskan Sehingga Maut

Tertuduh yang dikenali sebagai Christiane K bakal menerima hukuman penjara seumur hidup sekiranya beliau didapati bersalah dengan melakukan pembunuhan itu.

Mayat tiga anak perempuannya berusia satu, dua dan tiga tahun, bersama dua anak lelaki berusia enam dan lapan tahun ditemui di pangsapuri keluarga itu di bandar Solingen pada 3 September 2020. Mereka ditemui terbaring di atas katil, masing-masing dalam keadaan berbalut tuala.

Dipercayai bahawa suspek yang juga merupakan ibu mangsa telah memasukkan ubat ke dalam minuman sarapan anak-anaknya untuk membuatkan mereka mengantuk sebelum mereka ini dilemaskan di dalam tab mandi.

Sebaik sahaja melakukan pembunuhan itu, dia cuba untuk membunuh diri dengan dengan terjun di stesen kereta api Duesseldorf. Namun begitu dia telah berjaya diselamatkan serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Anak keenamnya yang merupakan seorang budak lelaki berusia 11 tahun terselamat daripada menjadi mangsa pembunuhan itu kerana ketika kejadian itu berlaku dia berada di sekolah.

Christiane K mendakwa dia tidak bersalah dan mengatakan seorang lelaki bertopeng memasuki flat itu dan membunuh anak-anaknya. Menurut pendakwa raya, penyiasat tidak menemui bukti untuk menyokong dakwaan wanita itu.

Motif pembunuhan itu masih belum jelas tetapi pendakwa raya Heribert Kaune-Gebhardt berkata, sebelum kejadian, wanita itu pernah bertengkar dengan suaminya yang sudah tidak tinggal bersamanya. Pertengakaran itu juga berlaku berkaitan dengan kekasih baharu lelaki itu.

Pendakwa raya menuduh Christiane K melakukan pembunuhan berniat jahat, dan mengatakan bahawa dia mengambil kesempatan atas kelemahan anak-anak. Keluarga itu berada dalam pengawasan perkhidmatan sosial tetapi tidak ada petunjuk bahawa anak-anak itu dalam keadaan bahaya.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply