Sebuah jenama pengeluar produk kesihatan haid di Sweden, Intimina telah mengeluarkan bijirin sarapan pagi yang berbentuk seperti rahim wanita berwarna merah susu, lapor laman Oddity Central kelmarin.

Bijirin Sarapan Berbentuk RAHIM Wanita? Ini Yang 'Tersirat' Di Sebaliknya..

Syarikat itu telah memperkenalkan produk terbaharu, Period Crunch sebagai bijirin sarapan pagi.

Produk ini bertujuan bertindak sebagai pemula perbualan tentang haid di rumah.

Malah, setiap keping bijirin berperisa raspberi di dalam kotak berbentuk seperti rahim wanita itu mengandungi perasa makanan yang akan mewarnakan susu dengan warna merah yang berbeza.

Bijirin unik itu diilhamkan daripada satu tinjauan dalaman terhadap 2,000 orang dewasa.

Tinjauan itu mendedahkan bahawa kira-kira 48 peratus wanita terlalu malu untuk bercakap tentang haid.

Dalam pada itu, 77 peratus wanita juga tidak pernah berbual mengenai topik datang bulan di rumah mereka.

“Saya gembira kerana Intimina telah mendapat perhatian ramai dan membangunkan Period Crunch untuk membantu meningkatkan kesedaran tentang stigma sosial yang berterusan berkaitan haid.

“Haid adalah sebahagian daripada diri wanita, jadi amat membimbangkan apabila mendengar bahawa ramai orang tidak selesa membincangkannya,” kata pakar sakit puan untuk Intima, Dr, Shree Datta.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply