Bina Kubur Palsu Elak Masyarakat Buang Sampah

| June 26, 2021 | 0 Comments

Bina Kubur Palsu Elak Masyarakat Buang Sampah | Penduduk tempatan yang tinggal di sekitar Sempakata, Medan Selayang agak terkejut apabila mendapati longgokan tanah yang berbentuk seperti kubur dengan taburan bunga dan kayu nisan berbentuk salib tetiba sahaj wujud di tepi jalan sekitar itu.

Bina Kubur Palsu Elak Masyarakat Buang Sampah

Kubur palsu itu merupakan hasil kerja kreatif kakitangan pembersihan di situ yang mewujudkannya. mereka berbuat sebegitu kerana lokais itu sering menjadi kawasan sasaran untuk masyarakat disitu membuang sampah.

Ketuanya, Hendri Ginting berkata, kakitangan pembersihan kerap berdepan masalah sikap penduduk setempat yang suka membuang sampah di tepi jalan walaupun pihaknya sudah menyediakan tempat pembuangan sampah yang lebih teratur.

Mereka membuat kubur itu untuk menakutkan orang terutamanya mereka yang gemar membuang sampah di situ. Lokasi itu pernah menjadi tular sebelum ini di media sosial apabila terdapat timbunan sampah yang melimpah hingga ke jalan raya.

Tambahnya lagi, mereka tidak menyalahkan individu yang menularkan gambar tersebut, tetapi menjadikannya sebagai permulaan untuk mereka mengambil langkah yang lebih baik. Sebelum ini, sudah beberapa kali dia dan kakitangannya melakukan pelbagai cara untuk mengatasi masalah itu namun tidak berhasil.

Mereka sudah menegur penduduk yang buang sampah di sini dan turut sediakan kakitangan untuk mengangkut sampah dari lokasi itu. Namun masyarakat di situ masih berdegil dan melakukan perkara yang sama. Mereka berharap kubur palsu ini berkesan untuk menghalang penduduk daripada terus membuang sampah di situ.

Sumber: Harian Metro

Tags: , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *