BPR Fasa Dua Diagih Pada 7 Mei Ini

| May 4, 2021 | 0 Comments

BPR Fasa Dua Diagih Pada 7 Mei Ini | Fasa dua Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan diagihkan kepada penerima yang layak secara berperingkat mulai 7 Mei ini membabitkan peruntukan berjumlah RM2.75 bilion.

BPR Fasa Dua Diagih Pada 7 Mei

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, semakan status kelulusan BPR boleh dibuat mulai tarikh itu.  Fasa dua BPR itu akan memanfaatkan seramai 3.6 juta isi rumah, satu juta warga emas (bujang dan tiada pasangan) dan 3.8 juta individu bujang.

Dahulu penerima daripada kategori isi rumah menerima RM300 dan penerima bujang menerima RM150, kini pembayaran kepada penerima adalah di antara RM150 hingga RM600, berdasarkan kelayakan setiap penerima. Peningkatan peruntukan adalah berikutan penambahbaikan kadar bayaran kepada penerima.

Bagi memastikan program BPR disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun ini. Dengan adanya proses rayuan itu, sebahagian daripada mereka yang telah ditolak permohonannya masih diberi peluang mengemukakan rayuan berserta dokumen berkaitan untuk disemak semula Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kerajaan sentiasa komited memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat. Fasa satu pembayaran BPR berjumlah RM1.93 bilion telah dibayar kepada 8.4 juta penerima bermula 24 Februari sehingga 1 April lalu.

Secara keseluruhan katanya, fasa satu dan dua BPR membabitkan komitmen kewangan berjumlah RM4.68 bilion yang memberi manfaat kepada 8.4 juta penerima.

Sumber: Utusan Malaysia

Tags: , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *