Britain: Kes Varian Omicron Dikesan, Pelitup Muka Diwajibkan Semula | Rakyat Britain dikhabarkan akan mewajibkan semula pemakaian pelitup muka ketika mengunjungi tempat-tempat awam seperti kedai dan dalam pengangkutan awam mulai minggu depan susulan kebimbangan ke atas varian Covid-19 baharu, Omicron.

Britain: Kes Varian Omicron Dikesan, Pelitup Muka Diwajibkan Semula

Bagi pengembara yang memasuki negara itu pula perlu menjalani ujian saringan Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) sementara mereka yang berkemungkinan mempunyai kontak dengan varian baharu itu harus melakukan kuarantin kendiri meskipun sudah melengkapkan pengambilan vaksin.

Oleh itu, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson membayangkan sambutan Krismas pada kali ini ‘dianggap lebih baik’ berbanding tahun lalu selain langkah itu hanya bersifat sementara dan pencegahan.

Pengumuman yang dibuat beliau itu telah dilakukan di Downing Street selepas dua kes melibatkan varian Omicron dikesan di Brentwood, Essex dan Nottingham.

Pihak berkuasa melaporkan, kedua-dua kes itu dipercayai mempunyai sejarah perjalanan ke Afrika Selatan.

Johson yang mengulas lanjut berkenaan hal ini menyatakan  para saintis mendapati varian itu lebih ganas berbanding Delta dan merebak dengan pantas termasuk mereka yang sudah melengkapkan dua dos vaksin.

Kerajaan juga akan mengkaji semula garis panduan baharu itu dalam tempoh tiga minggu, sama ada untuk meneruskan garis panduan yang sama atau melakukan penambahbaikan.

Sebelumnya, jurucakap rasmi Kementerian Kesihatan mengesahkan, kes pertama varian baharu Omicron membabitkan dua penumpang dari Afrika Selatan dikesan di negara itu.

Mereka disahkan dijangkiti varian baharu itu selepas ujian saringan COVID-19 dilakukan sebaik sahaja mendarat di Sydney pada Sabtu.

Laporan tersebut mendedahkan  kedua-dua penumpang yang sudah lengkap dua dos vaksin menaiki pesawat Qatar Airways menerusi Doha dan disahkan tiada sebarang gejala.

Sementara itu, 12 lagi penumpang dari Afrika Selatan yang menaiki pesawat sama didapati negatif COVID-19 namun diarah menjalani kuarantin.

Sebanyak 120 penumpang yang menaiki pesawat sama itu juga diminta untuk menjalani kuarantin.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply