“Jangan Segerakan Perlaksanaan Sekatan Pergerakan”-Ujar Pakar Kesihatan Awam | Masih terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan sekatan pergerakan dan sekatan ekonomi, kerana tidak banyak maklumat mengenai varian Omicron buat masa ini, kata Pakar Kesihatan Awam Prof Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid.
Jelas beliau, biarpun kemunculan varian baharu COVID-19, iaitu Omicron, agak membimbangkan, namun kerajaan diharap tidak tergesa-gesa membuat sekatan pergerakan seperti perintah kawalan pergerakan.
Setakat ini, katanya masih terlalu awal untuk mengenal pasti ciri-ciri Omicron, dan negara digesa tidak mengikuti langkah beberapa negara Eropah yang mula melaksanakan sekatan.
Jika dilihat di negara Eropah, baru dalam beberapa jam lepas, United Kingdom dah buat pengumuman mengenai kuarantin ditambah kepada 10 hari dan sebagainya. Tetapi suasana di Eropah ini bukan saja disebabkan Omicron, tapi kes memang meningkat dalam dua tiga minggu sebelumnya.
Beliau menyatakan bahawa berkenaan negara kita, boleh cuba elakkan sekatan akan datang atau seterusnya kerana ini akan lembabkan ekonomi, beri kesan negatif selain ihat dulu dengan terperinci ciri-ciri khusus Omicron, dan jangan panik. Panik dengan menutup semua sektor ekonomi dapat memberi kesan amat besar kepada sistem ekonomi negara, sambungnya lagi.
Sebelumnya, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada Sabtu berkata, Kementerian Kesihatan akan terus memantau laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan negara lain berkaitan perkembangan Omicron.
Jelasnya lagi, pemantauan berterusan itu akan membantu KKM membuat keputusan bagi meluaskan sekatan pengembaraan terhadap mana-mana negara, sekiranya perlu.
Sumber: Astro Awani