Bukan Anak Pilihan

| August 3, 2020 | 0 Comments

Bukan Anak Pilihan | Aku M bukan nama sebenar. Anak ke 3 dari 7 beradik : kak long, abang ngah, aku, adik perempuan dan 3 adik lelaki. Kami 3 beradik perempuan dan aku yang tengah. Kak Long dan adik perempuanku rupa seiras, putih chinese look. Tapi aku berkulit gelap mirip mamak or arab.

Dari kecil perbezaan rupaku sering jadi ejekan dan kutukan family
sendiri. Gelaran kicap la, anak kutip la dah biasa sangat hinggap kat
telinga aku. Sedih.

Tapi orang luar sering memuji aku. Cantik la, mata besar la, dah besar
jadi ratu la. And my mom selalu menjawab “jangan dipuji sangat budak ni
nanti besar kepala.”

Aku menangani masalah self esteem ni sendirian, dari seawal usia 6-7
tahun. Aku membesar dengan semangat dan kekuatan diri yang aku bina
sendiri seawal usia kanak-kanak.

Aku bukan fav mak. Jadi walaupun mak suri rumah, aku harus melakukan
hampir 90% kerja rumah kecuali memasak dari sekolah rendah lagi.

Mak tak akan mengemas rumah dan membasuh pinggan mangkuk. Jadual
harianku amat padat. Pulang dari sekolah agama tengahari, aku mesti
cepat-cepat mengemas rumah, menyapu dan mencuci pinggan.

Mandi dan bersiap untuk ke sekolah sesi petang pula. Berjalan kaki di
tengah panas terik sejauh 5km ke sekolah memang rutin harianku.

Pulang dari sekolah hampir maghrib, cepat-cepat bersiap untuk solat pula.

Selepas makan malam aku mesti mengemas dapur dan mencuci pinggan.
Melipat kain seisi rumah kecuali baju-bajuku sendiri sebab mak memang
tak akan membasuh bajuku.

Aku hanya akan membasuh baju sendiri di hujung minggu. Selesai melipat
dan menyusun kain baju barulah aku dapat duduk membuat homework dan
latihan yang cikgu berikan.

Apa yang orang lain buat ketika ini? Mereka bersantai menonton tv. Aku
tak boleh mengeluh atau membantah, nanti mak marah. Jadi aku pendam dan
buat.

Treatment mak pada aku dan siblings yang lain memang berbeza tanpa aku
tau kenapa.

Contohnya : jika aku membuka radio setelah selesai melakukan semua kerja
rumah, mak akan datang dan terus off kan radio tu. Sambil membentak
“Memekak!”.

Tapi bila abangku datang dan menghidupkan semula radio tersebut, mak ok
saja. Kalau terpancar sedih di mukaku pula, mak akan menengking
“padanmuka!”.

Jadi dari kecil lagi aku mengajar diri untuk kuat dan sembunyikan kesedihan.

Hampir setiap hari aku dimarah dan dihamun. Airmata jadi teman setia
setiap malam sebelum lena. Mak tak suka aku aktif ko-ko di sekolah, tak
suka aku ke depan dalam apa-apa acara.

Dia pernah menjerit di telingaku “Setinggi mana pun pencapaian kau, aku
tak kan pernah bangga!”. Aku melangkah ke sekolah dalam deraian airmata.

Dari form 1 hingga tamat spm, aku memilik 2 pasang uniform sekolah yang
diulang pakai selama 5 tahun. Sampai senteng lengan baju.

Aku pernah meminta mak belikan uniform sekolah baru ketika naik form 3
tapi mak menjawab “Berenti sekolah lagi bagus!”. Since then aku mengunci
mulut. Yang penting aku boleh sekolah.

Aku memandang mak sebagai figura dingin yang sukar aku hampiri.
Penghibur zaman aku membesar adalah rakan-rakan rapatku. Aku menanam
azam untuk berjaya dan pergi jauh. Jauh dan jauh.

Mak selalu membandingkan aku dengan kakak dan adik perempuanku. Betapa
mereka baik, pandai dan amat membahagiakan mak.

Abang pula jadi kebangaan mak. Semua abang boleh lakukan sebab dia lelaki.

Aku? Sering disumbat dengan ayat “Sedarlah diri kau tu perempuan!”. At 1
time aku amat benci dilahirkan jadi perempuan. Aku benci jadi lemah.

Semua kepahitan itu jadi pembakar untuk aku berjaya. Aku berazam, andai
aku jadi ibu, aku tak mahu jadi ibu seperti mak.

Aku mahu sentiasa jadi manusia pertama yang akan mendorong dan menyokong
anak-anakku. Aku mahu mereka tahu aku sayang.

Sampai sekarang aku sering gagal meyelami hati mak. Luka itu memberi
parut yang kekal.

– M (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Tags: , , , , ,

Category: KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *