Cara Paling Jimat Jaga Kesihatan | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Setiap orang mahu sihat dan tidak terkena sebarang penyakit. Tapi hakikatnya, harga untuk makanan sihat sangat mahal dan kos untuk rawatan juga begitu mahal. Jangan risau, ada cara terbaik untuk anda kekal jimat untuk kekal sihat dengan cara yang bersederhana.

Cara paling

Antara tips nya adalah:

1. Tidur Awal

Badan manusia berupaya membaiki sendiri setiap kali kita tidur pada malam hari. Proses membaik pulih badan selalunya lebih efisien jika waktu tidur adalah sama.

Masalah tidur tidak menentu, lambat laun boleh mendatangkan mudarat. Jadi penting untuk kita tidur awal supaya dapat mengelak dari penyakit.

2. Bersarapan Pagi

Majoriti orang yang tidak bersarapan akan merasa sangat lapar pada sebelah petang dan malam. Makan pada malam hari boleh mengganggu proses kebiasaan badan akibat keperluan proses pencernaan makanan yang tidak konsisten.
Ini menyebabkan banyak makanan disimpan sebagai lemak seterusnya menyebabkan seseorang yang meninggalkan sarapan makan lebih banyak dari kebiasaan.

3. Senaman

Badan perlu bergerak untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi secara lebih efisien ke bahagian tertentu mengikut keperluan.

Berjalan, melompat tali atau regangan berterusan selama 30 minit sehari secara berterusan lebih digalakkan berbanding membuat senaman agresif tetapi tidak konsisten.

4. Jaga Pemakanan

Tidak semua orang menyukai sayur namun cara paling mudah untuk sihat dan kurus adalah makan banyak sayuran. Berhenti makan makanan yang memudaratkan, kurangkan pengambilan daging merah serta sukat gula dan garam agar tidak berlebihan.

Sekiranya pemakanan anda terjaga, maka risiko untuk diserang penyakit akan berkurang.

5. Ambil Makanan Tambahan

Jika anda bukan seorang yang mengamalkan cara pemakanan seimbang, pengambilan makanan tambahan adalah cara paling mudah mengekalkan kesihatan.

Sesetengah vitamin dan mineral penting untuk melawan penyakit, dan jika anda tidak berselera makan sayur, kekacang dan buah-buahan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap hati ambillah multivitamin atau produk kesihatan organik.

6. Jangan Berlapar

Seharusnya anda makan ketika baru terasa lapar. Makan dengan mengunyah secara perlahan dan dengan cara itu dan anda dapat mengawal pemakanan dengan baik.

Badan boleh menyerap nutrien secara lebih baik jika ketiga-tiga elemen penting karbohidrat, lemak tidak tepu dan protein diambil bersama.

7. Kawal Tekanan

Tekanan selalu menjadi punca penyakit. Elakkan sumber stress dan elakkan berfikir dengan banyak tentang sesuatu perkara. Wujudkan keseimbangan dalam semua perkara, ada masa untuk kerja, untuk keluarga dan untuk diri sendiri.

8. Buat Pemeriksaan Kesihatan

Selalu sihat tidak bermakna anda betul-betul sihat secara dalaman. Hanya luaran nampak sihat, tetapi dalaman belum tentu anda tahu. Lakukan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, kandungan kolesterol dan lain-lain secara berkala.

Pentingnya untuk anda menjaga kesihatan supaya sihat selalu dan tidak akan menyusahkan diri anda sendiri.

Sumber: NONA

Share.

Leave A Reply