Khasiat Beras Perang Yang Perlu Anda Tahu | Anda pasti tahu apa itu beras perang kan. Kalau tak tahu, min terangkan sedikit apa itu beras perang. Beras perang merupakan jenis beras yang kurang diproses dan memiliki nutrisi yang tinggi. Dengan menggantikan beras perang daripada beras biasa, ia mampu memberi manfaat kepada kesihatan diri. Biasanya siapa yang sedang mengamalkan diet yang seimbang, dia akan menukar dari beras biasa ke beras perang.
Antara khasiat yang terdapat dalam beras perang adalah:
1. Mengurangkan risiko kanser kolon
Beras perang mengandungi kadar selenium yang tinggi, dan juga terdapat fenol yang dijumpai di dalamnya sekali gus mengaitkan fungsi beras perang dalam mengurangkan risioko kanser kolon. Tahap fenol dalam beras perang ternyata lebih tinggi dalam berbanding beras biasa. Manakala, kandungan serat tinggi mendorong kepada kolon dan sistem penghadaman yang sihat.
2. Mencegah sakit jantung
Pengambilan beras perang yang tinggi dalam diet dapat membantu dalam mencegah penyakit kardiovaskular. Ini kerana ia mengandungi kandungan serat yang mencukupi. Terdapat kajian yang mendapati lapisan tisu yang berada di sekeliling beras perang dapat mengurangkan tindakan protein Angiotensin yang diketahui meningkatkan tekanan darah.
3. Perlindungan daripada kanser payudara
Pytonutrient Lignin yang terdapat di dalam beras perang dikatakan membantu untuk menyekat sel kanser pada payudara.
4. Mengurangkan kolesterol
Salah satu kelebihan yang terdapat pada beras perang yang dapat dilihat jelas adalah mengurangkan tahap kolesterol LDL di dalam darah. Ini kerana ia bertindak sebagai serat mudah larut sangat baik untuk menyerap lemak ini. Terdapat saranan yang menyatakan minyak yang diekstrak daripada beras perang turut membantu dalam menurunkan paras kolestral dan juga tekanan darah, malah emningkatkan paras kolestral baik dalam darah.
5. Mengekalkan berat badan seimbang
Apabila anda mengambil diet yang tinggi serat, sekali gus membuatkan anda kenyang dalam masa lebih lama dan seterusnya mengurangkan pengambilan makanan. Hal ini termasuk mengekang anda daripada teringin mengambil makanan yang manis. Ini memberi kelebihan dari segi mengekalkan berat badan yang seimbang dan mengelakkan anda dari terus bertambah berat badan dari semasa ke semasa.
6. Membantu penghadaman
Melalui kandungan serat mudah larut yang terdapat dalam beras perang, ia akan menyerap air di dalam usus seterusnya menyebabkan pembuagan najis lebih lembut dan mengelakkan berlakunya sembelit.
7. Mencegah batu karang
Kajian yang dilakukan pihak American Journal of Gastroenterology mendapati serat yang terdapat pada beras perang berperanan mengurangkan risiko batu karang di dalam kalangan kaum wanita.
8. Makanan bayi yang sempurna
Beras perang dalam bentuk bijirin atau beras perang itu sendiri menjadi makanan bayi yang sangat bagus kerana kandungan nutrisi yang semulajadi dan serat tinggi.
Sumber: rasa