Cemburu Isteri Main Tiktok Dengan Lelaki Lain, Suami Bertindak Membunuh Lelaki Terbabit | Cemburu merupakan satu perkara yang mampu untuk memusnahkan akal sihat manusia terutamanya apabila kita terlalu mencintai seseorang hingga tidak sanggup untuk kehilangannya. Hal yang demikian turut sama terjadi kepada seorang lelaki yang sanggup untuk membunuh lelaki yang dikatakan ‘skandal’ isterinya.
Hanya kerana satu video di TikTok yang memaparkan isterinya dengan seorang lelaki lain, seorang suami yang merupakan seorang pencari madu bertindak kejam dengan membunuh lelaki terbabit menggunakan sabit.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis, AKP Heri Sugiano menyatakan hal ini terjadi disebabkan si suami mengesyaki bahawa lelaki tersebut dan isterinya mempunyai hubungan sulit sejak tiga tahun lalu. Bahkan video di TikTok itu menguatkan lagi dakwaan suspek.
“Di TikTok, video mereka berdua bersama. Ini berkaitan dengan hubungan asmara yang dimuatnaik di TikTok. Pelaku mengesyaki hubungan mereka sejak tiga tahun lalu, sehingga bertindak membunuh mangsa,”katanya.
Oleh kerana suspek tidak dapat menahan emosi ia bertindak menyerang mangsa di sebuah kawasan yang tidak jauh dari rumahnya di Jawa Timur, Indonesia. Suspek kemudian menetak mangsa menggunakan sabit sehingga mangsa mati ditempat kejadian dan bertindak melarikan diri.
Setelah itu, mangsa ditinggalkan sendirian dengan tubuh badannya dipenuhi dengan luka sebelum dijumpai oleh penduduk kampung yang melalui kawasan terbabit.
Dari hasil pemeriksaan, mangsa mati akibat mengalami 24 luka tikaman.
Hasil daripada soal siasat polis, suspek telah mengaku melakukan pembunuhan tersebut disebabkan rasa cemburu dengan keakraban mangsa dan isterinya. Susulan daripada itu polis menahan suspek untuk tindakan lanjut.
Suspek turut mengakui bahawa ia membunuh mangsa secara sendiri.
“Hasil siasatan mendapati suspek bersendirian,tetapi mungkin juga pelaku tidak bersendirian kerana luka tikamannya cukup banyak, 24 luka tikaman,”kata Heri.
Atas perbuatan tersebut, suspek akan didakwa berdasarkan Artikel 388 KUHP dengan Artikel 354 KUHP.
Sumber: Tribunnews