Seorang ibu tunggal di Britain mendedahkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan seorang banduan jenayah bunuh, lapor akhbar The Sun, semalam.

"Cinta Itu Buta". Wanita Ini Pilih Berkahwin Dengan Pembunuh. Ini SEBABNYA

Malah, lelaki itu tidak pernah ditemuinya dan hanya saling mengenali menerusi program rakan pena.

Laura O’Sullivan, tidak pernah bersemuka dengan Terrel Ravon Reese namun yakin lelaki yang berada di Amerika Syarikat (AS) itu adalah jodohnya.

Meskipun Reese kini sedang menjalani hukuman penjara 20 hingga 40 tahun kerana bersubahat dalam jenayah bunuh pada 2009.

Namun, kesalahan lelaki itu tetap tidak mengubah perasaan O’Sullivan terhadapnya.

Katanya, kejadian itu berlaku ketika Reese berusia 18 tahun di mana dia masih muda, mentah serta berada di lokasi dan masa yang salah.

“Namun bukan dia yang menarik picu pistol dan membunuh mangsa.

“Dia juga telah menghabiskan separuh daripada kehidupannya dalam penjara kerana kesalahan itu,” kata O’Sullivan.

Tambahnya, Reese juga sudah menyesal dengan perbuatannya dan banyak bermuhasabah diri semasa di dalam penjara bagi memperbaiki dirinya.

Ibu kepada seorang anak itu juga berharap untuk terbang ke AS bagi bertemu bakal suaminya sebaik sahaja semua dokumen diperlukan siap.

Dia juga berharap dapat berkahwin dengan Reese pada tahun depan di Kemudahan Pembetulan Ernest Brooks.

Namun, sebelum perkara itu terlaksana, kedua-duanya saling bercakap setiap hari di telefon serta bertukar surat.

Mereka juga telah memutuskan untuk mencacah tatu bertulis nama masing-masing pada lengan mereka.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply