Contoh Resume Untuk Permohonan Internship | Internship adalah suatu bentuk pengalaman kerja yang dirancang untuk memberikan pemahaman praktis dan pengetahuan secara mendalam dalam suatu bidang tertentu kepada individu yang sedang belajar sebelum graduate dari menara gading.

Contoh Resume Untuk Permohonan Internship

Program internship biasa nya disediakan oleh perusahaan atau organisasi untuk memberikan para graduan untuk apply teori yang telah dipelajari ke dunia alam pekerjaan yang sebenar. Jadi, Menulis Resume Untuk Permohonan Internship adalah langkah penting untuk menarik perhatian syarikat dan memperoleh peluang untuk mendapatkan pengalaman kerja. Berikut adalah perkara – perkara yang perlu ada dalam resume untuk hasil kan resume yang efektif:

1) Pendidikan 

Pada part ini, anda boleh tuliskan background institusi tempat pengajian dan course yang diambil di tempat itu dan tahun semasa pengajian. Berikut adalah contoh cara menulis bahagian ini di dalam resume :

Universiti Teknologi Mara( UITM) – Digital Marketing ( 2020 – 2022)

Jika anda dekan di dalam semester pengajian, anda boleh masuk kan untuk mengukuhkan lagi resume dan jika anda ada turut serta hadir kursus yang ada kaitan juga boleh masuk kan di bahagian ini.

2) Pengalaman Yang Berkait

Sebagai majikan, pengalaman yang diletakkan di resume memainkan peranan penting dalam menarik perhatian majikan dan menunjukkan kelayakan serta kemampuan pemohon. Jika anda berpengalaman dalam kepimpinan menjadi ketua atau AJK dari kelab atau persatuan, ia menunjukkan anda bahawa anda mahir dalam urus atau organize satu kumpulan dan berkomunikasi yang baik antara satu sama lain. Ini dapat meyakinkan majikan dan dapat memberi nilai tambah kepada anda dalam memohon tempat internship yang anda mahu.

3) Kemahiran dan Bahasa

Kemahiran yang anda belajar di universiti seperti belajar sesuatu software editing, anda boleh letak kan di dalam resume kerana ianya adalah satu demand di alam bekerja sekarang. Jika anda juga pernah turut serta seperti kelas online training, anda juga boleh letak kan dengan syarat apa yang anda belajar itu mesti diguna selalu supaya anda dapat ilmu itu.

Penggunaan bahasa juga penting kerana ia memudahkan kita untuk ber urusan dengan orang lain. Jika banyak anda belajar bahasa yang lain, ia dapat memberi bonus kepada anda sendiri.

4) Call – To – Action (CTA)

Jika majikan berminat untuk ambil anda untuk internship di tempat mereka, mereka akan direct terus dengan anda melalui sama ada phone call, e-mail dan Whatsapp. Jadi, amat penting untuk anda untuk letak kan Call – To – Action untuk memudahkan majikan direct terus dengan anda.

Contoh Resume Untuk Permohonan Internship

Contoh Resume Untuk Permohonan Internship :

MAKLUMAT PERIBADI

Nama: Ahmad bin Abdullah
Alamat: No. 123, Jalan ABC, 45678 Kota Contoh, Negeri
Nombor Telefon:
E-mel:

PENDIDIKAN

1. Diploma Kejuruteraan Elektrik
Institut Teknologi Contoh, Kota Contoh
[ Tahun ke Tahun]

2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Sekolah Menengah Kebangsaan Contoh Jaya
Gred: A
2018

KEMAHIRAN

Kebolehan Komunikasi: Aktif dan mahir dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
Kebolehan Teknikal: Mahir menggunakan software seperti AutoCAD dan MATLAB.
Kemahiran Elektrikal: Memahami dan mampu menjalankan kerja kerja asas [ada kait dengan point yang anda nyata kan ].

PENGALAMAN KERJA

Tiada pengalaman kerja formal sebelum ini.

KEGIATAN KO-KURIKULUM

1. Projek Kejuruteraan “Smart Home”
[ Terangkan dengan lebih lanjut berdasarkan point yang anda telah nyata kan itu]

2. Sukarelawan di Program Pendidikan Komuniti
[ Terangkan dengan lebih lanjut berdasarkan point yang anda telah nyata kan itu]

KURSUS-KURSUS YANG ADA KAIT

1. Kursus Kejuruteraan Elektrik Terkini

2. Kursus Asas Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH)

 

RUJUKAN

Encik Ali bin Ismail
Pensyarah Kejuruteraan Elektrik
Institut Teknologi Contoh
Telefon:
E-mel:


Artikel lain yang menarik untuk dibaca :

  1. Contoh Surat Tawaran Kerja Kepada Calon Pekerja Baru
  2. Contoh Surat Pengesahan Pendapatan

Share.

Leave A Reply