Surat Permohonan Persaraan ialah dokumen rasmi yang diserah kan oleh pekerja kepada majikan nya atau pihak yang diberi kuasa untuk meminta berhenti kerja secara suka rela selepas mencapai umur boleh untuk pencen atau atas sebab sebab tertentu. Surat ini berfungsi sebagai pemberitahuan rasmi tentang niat seseorang untuk menamatkan kontrak mereka dengan syarikat.

Dalam Surat Permohonan Persaraan, alasan mengapa pekerja memutuskan untuk bersara biasa nya dijelaskan, tarikh kuat kuasa pencen, serta butiran lain yang mungkin berkaitan seperti permintaan untuk faedah pencen atau insentif lain. Surat ini juga adalah salah satu langkah yang perlu dalam proses persaraan di banyak tempat kerja.

Selain itu, Surat Permohonan Persaraan juga boleh berfungsi sebagai tanda terima kasih kepada majikan atau syarikat di atas peluang kerja yang telah disediakan selama tempoh bekerja, serta mengesahkan komited untuk menyelesaikan tugasan akhir dengan baik sebelum keluar secara rasmi. Berikut adalah contoh format Surat Permohonan Persaraan pilihan seperti di bawah :

Contoh Format Surat Permohonan Persaraaan Pilihan

FORMAT SURAT PERMOHONAN PERSARAAN PILIHAN

(tidak perlu guna kepala surat)

<Tarikh

Pendaftar

Universiti Teknologi Malaysia

81310 UTM Johor Bahru

 

Melalui dan Salinan:

<Dekan>

alamat PTJ

<Ketua Jabatan>

<alamat Jabatan>

YBrs. Puan

PERMOHONAN PERSARAAN PILIHAN

Dengan segala hormat, saya merujuk perkara di atas..

Saya ingin memohon bersara pilihan mulai tarikh yang lengkap kerana [nyatakan alasan dengan jelas dan terperinci].

Harapan saya agar permohonan ini mendapat baik hati budi dari pihak Universiti.

Saya faham akan segala akibat / kesan di sebalik permohonan ini atas pilihan saya dan tidak akan menarik balik mahupun meminda keputusan saya dan tertakluk kepada keputusan Universiti serta Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Sekian, terima kasih.

Yang benar.

……………….

(NAMA PENUH)

Alamat Jabatan/PTJ

No. Staf:

Lain lain artikel menarik dari kami :

Contoh Kertas Kerja Permohonan Geran

Contoh Surat Tidak Dapat Menghadiri Ujian

Share.

Leave A Reply