Contoh Surat Tuntutan Bayaran [Khalifah Media Networks].
Surat tuntutan bayaran adalah surat rasmi yang diberi untuk meminta pembayaran bagi hutang yang masih belum diterima. Surat ini diberi oleh syarikat, individu, atau institusi yang belum menerima bayaran dari pelanggan, atau rakan niaga. Tujuan utama surat ini adalah untuk meminta hutang secara rasmi dan memberi amaran kepada pihak yang berhutang. Ia sering kali menjadi langkah awal sebelum tindakan lanjut diambil, seperti prosedur pemulihan hutang. Dengan surat ini, pihak yang menuntut dapat menyatakan jumlah yang perlu dibayar, tarikh akhir bayaran, dan akibat jika bayaran tidak dibuat. Ini memastikan semua pihak memahami kewajiban mereka.
CONTOH SURAT TUNTUTAN BAYARAN
Alamat Pengirim
No. Telefon Pengirim
Tarikh: [Tarikh surat ditulis]
Alamat Penerima
Tuan/Puan,
Tuntutan Bayaran Bagi Perkhidmatan yang Disediakan
Dengan segala hormatnya, saya ingin merujuk kepada perkhidmatan yang telah disediakan kepada pihak tuan/puan pada [tarikh perkhidmatan]. Sehingga kini, bayaran sebanyak [jumlah yang tertunggak] masih belum diterima oleh pihak kami walaupun tarikh akhir pembayaran telah berlalu pada [tarikh akhir pembayaran].
Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon agar bayaran tertunggak tersebut dijelaskan dalam tempoh [nyatakan tempoh, cth: 7 hari] dari tarikh surat ini. Kegagalan untuk menjelaskan bayaran dalam tempoh yang diberikan akan memaksa pihak kami untuk mengambil tindakan lanjut yang sewajarnya, termasuk tindakan undang-undang.
Sekiranya pihak tuan/puan telah membuat bayaran sebelum surat ini diterima, sila abaikan surat ini dan hubungi kami untuk mengesahkan pembayaran tersebut.
Kerjasama dan perhatian tuan/puan amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
[Nama Pengirim]
Jawatan
Nama Syarikat
Berikut merupakan contoh surat tuntutan bayaran yang boleh dijadikan panduan:
Artikel-artikel menarik yang boleh anda baca: