Covid-19. Ini Teguran Keras Cikgu Popular Malaysia Yang Ramai Setuju | Wabak Covid-19 semakin ganas. Ekoran itu, cikgu paling popular di Malaysia buat teguran keras kepada segelintir manusia yang ramai setuju. Tak sangka. Baca selanjutnya.

Jangan Pentingkan Diri Sendiri

Mendengar cerita, ramai masih degil untuk bercuti ke luar negara. Alasan paling utama berbunyi,

“Rugilah. Tiket dah beli. Hotel dah booking. Kalau cancel, rugi beribu ringgit.”

Kawan. Duit boleh dicari. Tapi kesihatan itu tidak ternilai harganya. Dan nyawa kita tiada galang ganti. Hanya satu tiada dua.

Lebih menakutkan, jika kita penting diri dan berdegil, kita bukan sekadar menyusahkan diri sendiri. Kita bakal menyusahkan ribuan orang lain sama yang berhubung dengan kita.

Risiko terlalu besar. Usah fikir sayangkan duit, usah fikir rugi. Fikirkan keselamatan diri, fikirkan orang lain sama. Jangan penting diri. Jangan!

Menakutkan juga bila dapat tahu satu event travel di PWTC diteruskan dengan kehadiran beribu-ribu orang. Seolahnya tiada apa yang berlaku.

Bahkan ramai juga yang bawa anak-anak kecil. Ada pula persembahan dari murid sekolah rendah. Aduh, apa ni?

Kenapa begitu penting diri. Tangguhkan sahaja event besar sebegitu. Kerajaan dah keluarkan amaran, negara kita sekarang dilanda Pandemik COVID-19.

Meski pun ada dibuat langkah pencegahan, adakah ianya benar-benar selamat? Adakah dapat dipastikan tiada seorang pun pembawa wabak hadir ke majlis tersebut?

Banyak negara dah lockdown. Ada yang isytihar darurat. Ada pula yang tutup Airport.

Ia bukan benda kecil yang boleh diambil mudah. Ribuan orang meninggal dunia akibat wabak ini.

Barisan doktor dan staff KKM bertungkus lumus mempertaruhkan nyawa sendiri berada di barisan paling hadapan untuk mencegah penularan wabak bahaya ini.

Tapi masih ada yang dengan senang hati pergi melancong ke sana sini atas alasan ‘takut rugi’.

Yang plan nak melancong ke luar negara, risiko kalian sangat tinggi terutamanya berada di Airport, tempat terbuka dan tempat ramai orang. Tolonglah tangguh percutian kalian dahulu.

Nanti dah reda, pergilah bercuti. Rugi sedikit tidak mengapa asal tidak kesal selama masa.

Dan yang dah pergi bercuti, tolonglah bila pulang nanti terus jalani saringan di hospital dan klinik yang berdekatan.

Kita sama-sama cegah penularan wabak ini.

Negara kita kini berada di rangking teratas di Asia Tenggara. Pantas merebak di negara kita kerana sikap ‘takut rugi’ dan buat endah tak endah atas amaran dari KKM dan kerajaan.

Kena bersatu padu dalam soal pandemik ini kawan. Ia sangat merisaukan bila kes meningkat mendadak sehingga menjadi johan di Asia Tenggara. Dan ia bukan ‘juara’ yang kita boleh bangga-banggakan.

Dan sekali lagi, TOLONG JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI.

Sumber: FB Cikgu Fadli Salleh

Share.

Leave A Reply