Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Cubaan Lelaki Myammar Larikan Kanak-Kanak Empat Tahun, GAGAL. Ini Sebabnya.. | KUANTAN – Seorang lelaki warga Myanmar ditahan selepas dipercayai cuba menculik kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang bermain di hadapan rumahnya di Batu Tiga, Jalan Gambang di sini.

Dalam kejadian jam 9 pagi Ahad, suspek yang berusia 30 tahun berjaya ditahan di tepi jalan berdekatan Pusat Dagangan Batu 3 di sini oleh orang awam selepas melihat bapa mangsa mengejar lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada orang awam sekitar jam 9.45 pagi sebelum sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dari Unit Kereta Peronda (MPV) bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi didapati suspek telah diberkas oleh orang awam dan bapa mangsa.

“Suspek dibawa ke IPD Kuantan dan proses reman akan dilakukan oleh pegawai penyiasat kes hari ini (Isnin).

“Turut dirampas bersama suspek ialah sehelai kain lampin berwarna putih dipercayai digunakan untuk menutup kepala mangsa,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 363/511 atas cubaan melarikan orang dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen pengenalan diri.

Sebelum itu, Wan Zahari memaklumkan bapa mangsa yang merupakan seorang penjual ketam nipah membuat laporan polis berkaitan kejadian.

Jelasnya, berdasarkan laporan diterima, kejadian berlaku ketika mangsa bermain pasir di hadapan rumah manakala ibunya pula menyiram pokok bunga di halaman.

Tambahnya, bapa mangsa mendengar bunyi jeritan isterinya yang mengatakan anak bongsu mereka dilarikan seorang lelaki tidak dikenali.

“Susulan itu, bapa mangsa bertindak mengejar suspek.

“Dengan bantuan orang ramai, suspek ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis untuk tangkapan semula,” katanya.

Sehubungan itu, Wan Zahari menasihati orang ramai agar sentiasa menjaga keselamatan ahli keluarga dan peka terhadap kawasan sekeliling bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.

SUMBER : Sinar Harian

Share.

Leave A Reply