Curiga Dengan Gaya Rambut, Dua Lelaki Ditahan Seludup Emas Dan Wang Asing

| March 24, 2021 | 0 Comments

Curiga Dengan Gaya Rambut, Dua Lelaki Ditahan Seludup Emas Dan Wang Asing | Dua lelaki ditahan pegawai kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa kerana menyembunyikan emas serta wang asing dalam rambut palsu mereka di Chennai, baru-baru ini.

Rambut Palsu Mencurigakan, Dua Lelaki Ditahan Seludup Emas Dan Wang Asing

Suspek telah membotakkan bahagian tengah kepala bagi menyembunyikan emas serta wang asing di dalam rambut palsu mereka. GAMBAR: Newslions Media

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Maaghroob Akbarali dan Zubair Hassan Rafyutheen ditahan ketika ingin meninggalkan lapangan terbang sejurus tiba dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Gaya rambut mereka yang kelihatan aneh tersebut telah mendatangkan rasa curiga pihak kastam sebelum bertindak menahan mereka berdua bagi melakukan pemeriksaan lanjut.

Hasil pemeriksaan pihak kastam membuahkan hasil apabila mereka telah berjaya menemui 698 gram serbuk emas serta mata wang asing yang bernilai AS$382,943 (1.6 Juta) di tengah kepala yang telah dibotakkan sebelum ia ditutupi rambut palsu. Pihak kastam juga telah menemui serbuk emas di bahagian stokin serta bahagian rektum kedua-dua suspek.

Paparan video dari rakaman media tempatan, Newslions Media menunjukkan beberapa pegawai kastam berusaha mengopek bahagian belakang kepala kedua-dua suspek bagi mencabut rambut palsu tersebut.

Setelah para pegawai selesai mengangkat rambut palsu tersebut, kelihatan satu bungkusan berisi wang asing serta pes emas yang dilekatkan di tengah kulit kepala kedua-dua suspek.

Menurut pegawai kastam udara, terdapat rampasan juga dilakukan sebelum ini melibatkan rampasan emas seberat 5.55 kg dari penumpang yang tiba dari negara-negara Teluk dua, dua hari sebelum ini.

“Enam orang kesemuanya telah ditahan pada minggu ini kerana cuba seludup emas menggunakan pelbagai cara seperti menyembunyikannya di bawah rambut palsu, di dalam stokin mahupun rektum mereka”, katanya kepada pihak media tempatan.

Sumber: Kosmos

Tags: , , , , , , ,

Category: DUNIA, JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *