Cuti Polis Dibekukan Demi Penugasan Aidilfitri Ini | Aidilfitri yang bakal kunjung tiba semestinya dinanti-nantikan oleh semua terutamanya anak perantau yang sudah lama tidak pulang ke kampung halaman. Namun sejak negara dilanda pandemik covid-19, banyak kebiasaan yang tidak dapat dilakukan lagi.
Malah nasib juga tidak menyebelahi pihak berkuasa apabila Ketua Polis Negara telah mengumumkan bahawa cuti Hari Raya Aidilfitri bagi kesemua pegawai dan anggota polis akan dibekukan. Perintah itu telah dikeluarkan terhadap mereka bertujuan atas penugasan Aidilfitri.
Perkara ini telah dimaklumkan sendiri oleh Tan Seri Dato Panglima Abdul Hamid Bador semasa sidang media yang dilaksanakan pada hari ini.
Katanya, pada Perintah Kawalan Pergerakan yang lepas pihak polis mempunyai bilangan anggota yang mencukupi untuk bertugas menjaga keamanan negara. Disamping itu, pihak polis turut dibantu oleh angkatan tentera dan juga sukarelawan rela dalam operasi mereka bagi mengawal penularan virus covid-19.
Walaupun pada kali ini negara tidak mengisyitiharkan PKP, namun mereka tetap akan mengambil tindakan yang tegas sama sepertimana PKP. PDRM juga akan memperketatkan sekatan jalan raya di setiap Plaza Tol pada Aidilfitri ini bagi mengelakkan berlakunya aktiviti rentas negeri.
Ketua Polis Negara turut berharap agar rakyat tidak lagi memberikan kecaman terhadap pihak mereka sekiranya kesesakan jalan raya berlaku lagi.
Dia turut berkongsikan perasaan sedih apabila ada yang bertanya mengapa sekatan jalan raya di Putrajaya dilaksanakan. Beliau turut berharap agar memahami tujuan mengapa sekatan jalan raya itu dilaksanakan. Usul periksa haruslah dilakukan terlebih dahulu sebelum mengecam setiap tindakan yang diambil.
Sumber: FB PDRM