Dato’ Sri Siti Nurhaliza Kini Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

| April 18, 2021 | 0 Comments

Dato’ Sri Siti Nurhaliza Kini Selamat Lahirkan Bayi Lelaki | Tahniah diucapkan buat penyanyi kesayangan rakyat Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dilaporkan telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki kira-kira pada jam 6.21 pagi di sebuah Pusat Perubatan di Selangor, baru-baru ini.

Dato' Sri Siti Nurhaliza Kini Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Dato' Sri Siti Nurhaliza Kini Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Siti Nurhaliza Production, bayi adalah seberat 3.84 kilogram dan telah dilahirkan menerusi kaedah pembedahan. Bayi dan ibu turut dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan baik.

Menurut suaminya, Dato’ Sri  Khalid Mohamad Jiwa dalam kenyataan tersebut, beliau melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana isteri tercinta telah selamat melahirkan bayi kedua mereka. Tambah beliau, apa yang lebih penting adalah keadaan ibu dan bayi yang stabil serta proses kelahiran juga berjalan dengan lancar.

Siti serta suaminya turut menzahirkan rasa syukur serta berterima kasih kepada keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, pihak media serta orang ramai di atas doa yang dikirimkan buat mereka.

Selain itu, mereka turut mengucapkan terima kasih kepada pihak doktor serta jururawat yang diketuai oleh Dr Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women’s Specialist kerana telah menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan.

Tambah kenyataan tersebut, pasangan ini turut mengucapkan terima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Woman Specialists, Dato’ Dr. Colin Lee Soon Soo yang telah menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah serta anak yang kedua ini.

Siti juga berharap agar anak kedua yang dilahirkan pada Bulan Ramadhan, iaitu bulan penuh keberkatan ini akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat dari Allah SWT.

Sumber: Instagram CTDK

Tags: , , , , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *