Kanak-Kanak Lelaki Dipuji Makan Secara Sembunyi Kerana Hormat Rakan Muslim Berpuasa | Khalifah Media Networks –  Hidup dalam negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama haruslah saling hormat-menghormati. Dengan itu kemakmuran dan keamanan semestinya dapat dicipta tanpa mengira latar belakang bangsa mahupun agama.

Kanak-Kanak Lelaki Dipuji Makan Secara Sembunyi Kerana Hormat Rakan Muslim Berpuasa

Bulan ramadan ini semua umat islam di dunia sudah mula menjalani ibadah berpuasa dimana mereka tidak dibenarkan untuk makan serta minum bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Ramai ibu bapa yang mula mendidik anak mereka untuk menjalankan ibadah puasa bermula sejak di bangku persekolahan lagi.

Seorang pelajar lelaki telah menunjukkan rasa hormatnya terhadap rakan-rakan yang berlainan agama sejak di usia setahun jagung lagi. Kanak-kanak lelaki yang merupakan pelajar sekolah ini telahpun memakan bekalan makanan yang dibawa dari rumah secara menunduk dan sembunyi apabila pelajar bukan islam diberikan keizinan untuk makan pada waktu rehat.

Tindakan beliau itu adalah bagi menunjukkan rasa hormatnya terhadap rakan-rakan beragama islam yang sedang berpuasa di dalam kelas itu. Dia telah mencuba sebaik mungkin untuk makan tanpa mengganggu perhatian rakan-rakan sekelas yang lain.

Tular di Media Sosial

Kanak-Kanak Lelaki Dipuji Makan Secara Sembunyi Kerana Hormat Rakan Muslim Berpuasa

Tindakan kanak-kanak lelaki ini telah menjadi tular di platform media sosial. Apabila seorang guru yang mengajar di kelasnya telah membuat perkongsian di Facebook berkaitan tindakan pelajar ini. Berdasarkan perkongsian itu, guru itu telah mengarahkan semua pelajar bukan islam untuk mengeluarkan makanan serta makan seperti biasa. Tanpa perlu bersembunyi. Namun tindakan yang diambil oleh pelajar ini adalah bertentangan bagi menghormati rakan-rakan islam yang lain.

Ini menunjukkan bahawa dia telah menerima didikan yang baik daripada kedua ibu bapanya untuk menghormati agama orang lain. Semestinya dia diberikan penerangan secara jelas oleh kedua orang tuanya berkaitan tindakan yang perlu beliau ambil di bulan yang mulia. Bagi umat islam ini agar tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Rata-rata memberikan komen positif dengan memuji tindakan pelajar itu serta ibu bapanya yang telah memberikan didikan terbaik terhadap anak kecil ini sehinggakan beliau mampu menghormati agama orang lain di usia semuda itu.

Sumber: mothership, Facebook

Share.

Leave A Reply