PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi kisah rumah tangganya apabila terpaksa memendam rasa dengan sikap suaminya yang curang dengan rakan sekerja di sebuah kilang.

Menerusi pendedahan isteri malang itu di Facebook, wanita yang didakwa kekasih suaminya itu berstatus bini orang dan mereka telah mempunyai hubungan istimewa selama hampir dua tahun secara diam-diam sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi.

Lebih menyedihkan, suaminya itu sanggup menceraikannya dengan talak tiga ketika anak-anak mereka masih kecil selepas ‘hubungan haram’ lelaki itu diketahuinya.

Dalam pada itu, wanita itu turut berkongsi wajah wanita tersebut pada hantaran Facebooknya.

“Ini lah muka manusia yang merampas kebahagiaan anak-anak aku yang masih kecil.

“Aku diceraikan talak tiga disebabkan dia, dua tahun percintaan dia dengan suami aku satu kilang dengan suami aku.

“Memang aku rasa teranaiya, dia (suami) curang dalam diam-diam dari PKP aku tak tahu. Dia (wanita) ini isteri orang, umur 40-an,” jelasnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan kata-kata semangat kepada wanita itu agar terus kuat membesarkan anak-anaknya.

“Tak perlu sedih, kuat demi anak- anak, jangan patah balik pada lelaki yang tak tahu hargai isteri dan keluarga, kalau dia mampu curang sekarang, nanti akan lagi teruk dia boleh buat,” pesan Nurul Alia.

“Kalau perampas memang selalu ‘standard’ jauh lebih teruk ya dari isteri sebenar? Moga puan dapat pengganti lebih baik,” kata Rossilyn.

Sumber: Kosmo

 

Baca Juga: Suami Curang Dengan Janda Ketika Isteri Sarat Hamil, Wanita Tegas Tuntut Keadilan Selepas Bersalin!

Seorang isteri yang sedang hamil diduga apabila suaminya curang dengan janda. Dia bertegas tuntut harta selepas bersalin. Baca seterusnya.

Setiap pasangan suami isteri pasti mengimpikan perhubungan yang kekal dan bahagia hingga selama-lamanya. Namun terdapat pelbagai ujian dan asam garam dalam rumah tangga yang harus ditempuhi mereka.

Begitu juga dengan nasib yang dilalui wanita ini apabila terpaksa menerima kenyataan bahawa suami tercinta sudah berpaling tadah terhadapnya.

Suami curang dengan ‘caddy’

Pengalaman menyedihkan itu diceritakan oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Melaini Putri. Menurut wanita ini, suaminya telah bermain kayu tiga dibelakangnya sejak dari tahun 2020 lagi tetapi baru tahun ini segala-galanya terbongkar. Lebih menyedihkan perbuatan tersebut dilakukan si suami ketika si isteri sedang sarat hamil.

Disaat kita diberikan anugerah yang terindah tapi kau berselingkuh dibelakangku. Yang paling tak dapat aku terima disaat aku sedang berjuang untuk melahirkan anak kita. Kamu masih boleh berehat dengan selingkuhmu.

Difahamkan, lelaki bekenaan dipercayai menjalin hubungan dengan seorang janda yang bekerja sebagai caddy golf. Tambah Melaini lagi, dia tidak sangka suaminya tergamak berbuat demikian sedangkan lelaki itu lahir dari sebuah keluarga yang cukup terhormat.

Walau bagaimanapun, Melaini sama sekali tidak cepat melatah sebaliknya dia membuat satu perjanjian bersama si suami. Dalam perjanjian tersebut, sekiranya si suami mengulangi kesilapan yang sama, segala harta dan aset di atas namanya secara automatik akan diserahkan kepada satu-satunya cahaya mata mereka. Tambahnya, jika hal itu berlaku, si suami perlu ‘membawa diri’ dengan sehelai sepinggang.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply