Di Kala Semua Dibuat Mimpi | Assalamualaikum. Nama aku Melur. Aku menulis di IIUM Confession ini adalah untuk raise awareness di kalangan ibu bapa terutamanya yang mempunyai anak perempuan.
Aku dibesarkan di sebuah rumah kampung oleh kedua ibu bapaku, datuk dan
nenek. Beberapa orang sepupu aku juga tinggal berdekatan dengan kami. Oh
ya lupa nak beritahu yang aku mempunyai 5 orang kakak, dua orang abang
dan 3 orang adik lelaki.
Apabila semua abang dan kakak aku mencecah usia 13 tahun, mereka semua
ditawarkan sekolah berasrama, dan rezeki mereka yang Allah kurniakan
sangat laa murah hingga abang dan kakak aku dapat sambung belajar di
universiti tempatan.
Satu hari semasa aku berada di tingkatan 2, aku dikejutkan dengan berita
tentang kesihatan nenek ku yang tiba-tiba merudum. Semua makcik dan
pakcik aku yang jauh pulang ke kampung sebab keadaan nenek pada saat itu
sangat pelik.
Nenek tidak mengenali sesiapa pon kecuali anak paling dia rapat dan
seorang kakak aku yang dia rapat. Hal ini kerana nenek sangat suka baca
surah yasin pada waktu lapang. Tapi masa nenek sakit, nenek kata buku
yasin tu kosong, tiada ayat. Allahu. Ada yang mengacau nenekku.
Suatu pagi sedang asyik budak2 kecil di buai mimpi di ruang tamu
(biasalah budak2 bangun lewat dan tidur berjemaah di ruang tamu) dan
makcik pakcik semua sedang bersarapan di dapur.
Aku terasa angin pagi yang dingin menyentuh lembut bahagian perut aku
sepertinya baju aku terselak. Aku membetulkan semula bajuku.
Beberapa minit kemudian, tiba-tiba aku terasa pula angin memasuki
bahagian atas seluarku seperti ada yang menarik seluarku. Aku ingatkan
itu hanya mimpi. Aku memperbetulkan kedudukan tidurku.
Tapi aku silap, aku bukan lah orang yang tidur m4ti, aku mudah tersedar.
Aku terasa lagi benda yang sama, aku membuka sedikit mataku.. Betapa
terkejutnya aku melihat sepupu lelaki aku sedang meninjau bahagian sulitku.
Apa aku perlu buat. Menjerit? Ada ke yang akan mendengar apa yang aku
ingin sampaikan. Aku segera mengubah tidurku dan dia perasan aku bakal
sedar dari tidur, dan dia berpura-pura tidur semula di tempat dia.
Dia anak pakteh ku, seorang imam masjid yang di kenali oleh orang
kampung, dan makteh aku seorang suri rumah tetapi surau dan masjid itu
umpama rumah kedua bagi dia, melazimi majlis-majlis ilmu di surau masjid
itu adalah hobi makteh.
Kesihatan nenek makin hari makin teruk. Nenek tidak boleh melakukan
kerja-kerja berat, hatta memasak seperti selalu pon. Dan disebabkan ibu
bapaku sering ke luar negeri kerana urusan kerja yang tidak dapat
dielakkan, tinggallah aku adik beradik bersama nenek dan datuk.
Dan sebabkan makteh suri rumah, makteh dan pakteh ambil keputusan untuk
berpindah sebentar, tinggal bersama nenek untuk uruskan nenek : mandikan
nenek, masakkan untuk nenek, siapkan ubat-ubat nenek dan sebagainya.
Anak-anak makteh ikut sekali tinggal di rumah itu.
Oh ya, anak-anak makteh semua lelaki. Di sebabkan rumah kampungku yang
kecil, aku adik beradik selalunya akan tidur di atas toto dengan atuk
nenek di ruang tamu. Bilik yang ada hanyalah 2 sahaja. Bilik nenek dan
bilik ibu bapaku.
Bilik nenek seperti stor, sudah lama tidak gunakan dan berada di dapur.
Apabila keluarga makteh tinggal di rumah nenek.. makteh dan pakteh
menggunakan bilik ibu bapaku kerana mereka tiada atas urusan kerja.
Kami tidur di ruang tamu. Tapi atuk menjadi pemisah antara anak-anak
lelaki makteh dan adik beradik ku (aku dan seorang kakak ku).
Suatu malam, sedang semua asyik dibuai mimpi. Aku terasa seperti tangan
seseorang memasuki seluarku menyentuh alat sulitku. Aku terkejut, sangat
terkejut kerana aku tahu itu bukan mimpi.
Ye sepupu aku yang sama sudah berani menyentuh aku, menodai kesucian
yang aku jaga selama ini. Aku menukar cara tidurku. Dia takut aku
tersedar, dia bergegas ke tempat tidurnya berpura-pura seperti tiada apa
yang berlaku.
Keesokkan harinya, aku mengajak kakak ku tidur di bilik ibu ayah tanpa
berkata apa2. Kami tidur di atas katil manakala pakteh dan makteh tidur
di atas toto di lantai. Aku rasa malam-malam aku selamat untuk tidur
apabila aku tidur dalam bilik.
Suatu petang, sedang aku mandi membersihkan diri. Aku tidak perasan
rupa-rupanya ada mata yang memerhati.
Sepupu aku membuka lubang tandas yang hanya diselotip dengan kotak untuk
mengintai aku mandi. Tapi tindakan dia disedari oleh kakakku. Kakak ku
memarahi dia. Aku malu, malu.
Disebabkan peristiwa itu, akak ku dapat mengagak kenapa aku mengajak dia
tidur di dalam bilik, kerana aku merasa tidak selamat bila sepupu aku di
rumah itu.
Kami nak mengadu tetapi kami pasti takkan ada yang percaya kata-kata
kami. Masakan anak imam boleh berbuat perkara terkutuk seperti itu
dengan saudara perempuan sendiri.
Di fikiranku apabila kakak ku memarahi sepupu ku itu, dia akan berhenti
buat perkara terkutuk itu, tapi kami silap. Suatu malam aku tersedar
dari tidur lagi apabila aku merasai ada tangan memasuki baju dan
seluarku, mer4b4 payudaraku dan alat sulitku.
Dia masih berani melakukan perkara tersebut walaupun ibu bapa dia,
makteh dan pakteh ada di dalam bilik tersebut. Ya dia masih berani
kerana makteh pakteh tidak sedar, sedang asyik dibuai mimpi.
Aku tidak tahu berapa kali dia sudah menyentuhku, kalau di hari-hari
lain di mana aku tidak sedar kerana kepenatan hingga tidur m4ti.
Kami pernah cuba untuk memberitahu orang yang lebih dewasa, tapi tiada
siapa yang mendengar suara kami. Apa yang kami mampu lakukan hanyalah
menjauhkan diri drpd dia.
Ada pernah sekali kami mengadakan hari keluarga, berkelah di tepi
pantai.. sedang kami asyik bermain air bersama saudara2 kami..
Aku dan kakak ku perasan yang sepupu lelaki kami tu mengambil kesempatan
mer4b4 saudara2 perempuan kami di dalam air walaupun di mata orang lain
hanya bergurau2 saja. Tapi dia menyentuh tempat yang tidak sepatutnya.
Ingatkan dia sudah insaf, tapi kami silap.
Dia bukan nya budak tidak bijak, sangat bijak, kebanyakan keputusan
peperiksaan dia hanya la gred A dan B sahaja. Malah dia dapat menyambung
pelajaran di peringkat lebih tinggi. Tapi yang aku musykil, kenapa dia
memohon bidang pendidikan kanak-kanak.
Sungguh aku risau dan takut jika dia akan buat perkara yang sama pada
kanak2 di tadika2 yang dia mengajar. Aku tak boleh bayangkan bila setiap
kali dia update gambar dia dengan kanak2 di tadika.
Aku bukan lah nk memburukkan keluarga seorang imam. Tapi itulah
hakikatnya. Ada pernah sekali tu abang aku pernah jumpa sabun2 hotel di
dalam kereta abang kedua sepupu aku tu, check in hotel buat apakah?
Walhal tempat belajar dia dan rumah bukan lah jauh mana, duit belanja
yang diberi pon cukup2 sahaja. Dia pon bukan jenis yang banyak kawan
jenis bersosial melepak dengan kwn2, hanya berkepit dengan teman
wanitanya ke mana2 sahaja di uni itu. (Tahu melalui insta2 yang dia update)
Berbalik pada isu sepupu aku yang suka mencabul perempuan tu, aku nak
semua yang bergelar mak ayah, tolonglah perhatikan anak2 anda, baik
lelaki mahupun perempuan.
Ajar anak lelaki hormat pada perempuan, ajar anak perempuan anda
sentuhan selamat dan tidak selamat. Dengar dan percaya dengan anak
perempuan anda jika dia mengadu apa2.
Kecil tak kecil, semasa kejadian itu, aku berumur 14 tahun, manakala
sepupu yang mencabul tu pula 13 tahun.
Tak percaya budak yang buat? Bersiap sedialah untuk tanggung akibatnya
jika sesuatu yang lagi parah berlaku di masa akan datang.
Nauzubillahminzalik, mohon dijauhkan.. bila nafsu melebihi segala-galanya.
– Melur (Bukan nama sebenar)
Kredit: IIUM Confessions